Sebelum ini, penyanyi dan juga bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Fuad Rahman dan isteri, Tom telah dijemput sebagai tetamu dalam program geng ngaji di sebuah stesen televisyen.

Dalam rancangan tersebut, Fuad diminta untuk mengalunkan beberapa baris ayat Al-Quran menerusi panggilan video. Paling menyentuh hati apabila, pemilik nama sebenar Mohamed Fuad Abdul Rahman itu membaca ayat al-Quran dengan sangat baik dan merdu.

Sedikit sedutan daripada rancangan tersebut telah dimuat naik semula oleh Tom dilaman TikToknya dengan kapsyen video tersebut di mana Tom mengakui bahawa dirinya masih lagi belum lancar mengaji seperti suaminya.

“Fuad sahaja yang mengaji, Tom tak pandai sangat lagi.” tulisnya.

IKLAN
@rajakingtom #gengngaji #astroria #live #gegarvaganza9 #tomfuadrahman #fuadrahmantom #tomfuadrahman #tomgv9 #singapore ♬ original sound – Tom

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang mengagumi akan kebolehan penyanyi berasal dari Singapura itu membaca al-Quran, malah ada juga yang sebak. Tidak lupa juga ada yang mendoakan yang baik-baik buat pasangan tersebut dan berharap untuk Tom sama-sama belajar mengaji dengan suaminya itu.

“Jangan Menilai Luaran..” Warganet Sebak Dengar Suara Merdu Fuad Rahman Alunkan Ayat Suci Al-Quran “Jangan Menilai Luaran..” Warganet Sebak Dengar Suara Merdu Fuad Rahman Alunkan Ayat Suci Al-Quran

Sekadar info, sebelum pasangan ini berkahwin pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.  Mereka pernah menjalinkan hubungan sekitar tahun 2005. Namun, percintaan mereka terputus pada tahun 2010, setelah Fuad dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.

IKLAN

Mereka kembali bersatu selepas kedua-duanya menyertai program GV9.

Sumber: TikTok

IKLAN

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI