Jangan Pilih Pengasuh Yang ‘Sweet Sweet Talk’ Sahaja, Prof Dr Mariani Mahu Ibu Ayah Buka Mata Demi Nyawa Anak!

Share

Kes bayi hilang yang akhirnya ditemui di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya di Gombak benar-benar menyentuh hati seorang ibu. Lansung tidak masuk akal bila difikirkan kembali. Malah tiada kata yang mampu diluahkan. Namun inilah
yang berlaku di negara kita.

Bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan, yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki, ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.

Semalam, Adam Rayqal dikatakan hilang selepas pengasuhnya tersalah menyerahkannya kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapa bayi itu pada jam 6.30 petang.

Ibunya, Farrah Madihah Othman, 28, yang keliru dengan situasi itu seterusnya melaporkan hal ini kepada pihak polis dan akhirnya polis menjumpai mayat Adam Rayqal yang ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu,
kira-kira jam 11 malam tadi.

Mayat bayi berkenaan yang lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah pengasuh berkenaan.

Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor, Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya menyifatkan kes ini paling kronik dan paling teruk melanda negara kita.

” Sebelum ini selalu dengar kes-kes bayi di rumah pengasuh yang didera, lebam-lebam, meninggal akibat tersedak susu dan sebagainya tapi ini antara yang kronik. Langsung tidak boleh diterima akal kita.

Saya boleh sifatkan ia sebagai sifat kebinatangan dalam diri yang mungkin dirasuk oleh syaitan. Langsung tak ada sifat kemanusiaan, simpati dan rasa kasih sayang sehingga sanggup menyimpannya di dalam peti sejuk.

Adakah dia orang Islam atau Islam yang hanya bertopengkan Islam semata-mata. Langsung tidak boleh diterima akal fikiran. Sebagai pakar psikologi, saya menyifatkan pengasuh ini berdepan dengan masalah mental atau masalah mental yang terjejas. Mungkin juga mengalami masalah kemurungan yang terlampau,” katanya lagi.

Siasat Dulu Pengasuh
“Ibu bapa dinasihatkan untuk tengok dulu latar belakang pengasuh walau dalam apa cara sekalipun. Jangan hanya tengok sweet sweet talk sahaja, sebaliknya kena selidik dulu siapa orang yang hendak menjaga anak kita.

Tak kiralah dalam apa cara sekalipun, kena ada daya kreativiti untuk periksa siapa bakal pengasuh kita. Tanya jiran, saudara mara dan dapatkan info sebanyak mungkin. Jangan hanya sembarangan ambil di media sosial sahaja.

Paling selamat yang saya boleh sarankan pada mak ayah adalah memilih pusat pengasuhan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (KKM). Ini paling selamat kerana mereka mengikut undang-undang dan syarat yang ditetapkan. Jadi
tak ada masalah perkara-perkara tak masuk akal seperti ini.

Harus Dapatkan Kaunseling
“Walau dalam apa cara sekalipun, mak ayah bayi berkenaan perlu menerima sesi kaunseling daripada pakar selayaknya. Kesedihan dan trauma yang dialami bukan biasa-biasa. Akan mengambil masa yang lama untuk berdepan dengan semua ini.

Redha dengan semua ini namun orang-orang sekeling terutama saudara mara dan sahabat handai harus lebih berperanan dan dalam menguatkan mereka.

Buat semua, jadikan kes ini sebagai pengajaran untuk kita semua supaya lebih peka dalam memilih pengasuh. Jangan hanya fikirkan kos mengasuh anak yang murah sebaliknya pilih nyawa anak. Lebih sikit tak apa asalkan pusat asuhan itu lebih terjamin dan selamat.”

 

IKLAN