Jangan Takut Bagi Anak Bosan. Ini Caranya Kena Tahu.

Share

Apabila membincangkan cara mendidik anak, ia nampak seakan mudah tetapi hakikatnya, ia adalah cabaran yang sungguh mencabar. Tidak dinafikan untuk mendidik anak, ibu ayah perlu menjadi seorang yang garang dan tegas supaya anak lebih bertanggungjawab dan berdisiplin apabila dewasa nanti.

Apa yang jelas cara mendidik anak yang betul itu penting. Salah satunya, mendidik anak supaya tidak bergantung kepada gajet. Ikuti perkongsian oleh saudara Taufiq Razif menjelaskan hal ini.

Jangan takut bagi anak kita BOSAN

Pertama kali kita jauhkan TV
Pertama kali kita jauhkan Smartphone
Pertama kali kita jauhkan semua jenis gajet

Mula mula anak kita akan merengek


Mula mula anak kita akan menangis
Mula mula anak kita akan meragam

Tapi percayalah

Lama kelamaan
Otaknya akan mula berjalan
Mencari sesuatu untuk dimainkan

Kotak boleh jadi kereta
Sofa boleh jadi rumah
Penyapu boleh jadi perahu
Papa tiba tiba bertukar jadi kuda
Mama masih ‘maintan’ jadi singa

Ini kerana, otak kreatif anak mula bekerja


Otak anak kita rupanya selama ini menjadi pasif
Hanya kerana disuap terus menerus oleh gajet, TV dan Smartphone yang ditontonnya

Bosankanlah anak kita
Nescaya otaknya akan makin aktif, kreatif dan bergeliga!

IKLAN