“Jebat Je Boleh Suruh Baba Diam. Aksi Demo Tu Comelnya.” Gelagat Anak Sharnaaz Tunjuk Tutorial Kencing Bikin Ramai Terhibur!

Share

Keletah anak lelaki kesayangan Sharnaaz Ahmad bernama Jebat Jayden ini sememangnya sentiasa mencuri tumpuan peminat.

Dari bayi sehingga kini usianya sudah 4 tahun, kecomelan wajahnya dan telatah menghiburkan ramai.

Sebelum ini, celotehnya sewaktu sedang demam bersama mommynya, Noor Nabila membuatkan ramai terhibur. Loghatnya mengundang kelucuan pada warganet.

Menjengah ke akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, dikongsikan satu video yang memaparkan Jebat berceloteh ketika sedang makan.

Sememangnya permata hati Sharnaaz dan Noor Nabila ini seorang yang banyak mulut dan non-stop bercakap sampai ayahnya pun tergelak mendengarnya.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah gelagat si kecil ini melakonkan gaya sedang membuang air kecil dengan riak wajah sekali.

Apabila babanya mencelah terus disuruh diam oleh Jebat. Bukan main garang ye, padahal tak ada siapa berani sound baba sedemikian.

Free ja dia suruh aku diam.. nasib hang sorang ja.. nindiaa king of publika.. sapa masuk publika, tolong mai mintak izin abg long kawasan publika.”

Demikian seloroh Sharnaaz menerusi kapsyennya

Sumber: sharnaazahmad

IKLAN