Jenazah bayi tertindih lengan, dikebumi dalam satu liang lahad bersama bapa. Hujan gerimis mengiringi suasana pilu pengebumian jenazah Nurul Effendy Ibrahim, 35, bersama anak lelakinya, Nur Muhammad Danial yang baru berusia tiga bulan, malam tadi.
Jenazah Bayi Tertindih Lengan, Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad Bersama Bapa
Kedua-dua jenazah disolatkan di kediaman mereka sebelum disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Duyong sekitar jam 9 malam. Seramai kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk setempat hadir memberikan penghormatan terakhir.
Sebelum ini, media melaporkan bayi tersebut meninggal dunia selepas dipercayai tertindih tangan bapanya yang tiba-tiba diserang sakit jantung ketika mereka berdua berada di rumah.
Insiden menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi dan disedari oleh ibu bayi, Azura Abd Malek Yaher, 37, yang ketika itu baru pulang dari tempat kerja untuk membawa anaknya mendapatkan suntikan imunisasi di Klinik Kesihatan Semabok.
Ads
Menurut Azura, sebaik tiba di rumah, dia tergamam melihat anak kecilnya berada dalam keadaan lemah di bawah lengan suaminya yang tidak sedarkan diri.
“APABILA SAYA MASUK KE DALAM BILIK TIDUR, SAYA LIHAT KEDUA-DUANYA TERBARING ATAS KATIL TANPA SEBARANG KESAN KECEDERAAN ATAU TUMPAHAN DARAH. KETIKA ITU BAYI SAYA MASIH BERNAFAS, TETAPI SANGAT LEMAH,” KATANYA YANG BERTUGAS SEBAGAI PEMBANTU TADBIR DI MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB).
Dia segera meminta bantuan adik iparnya yang tinggal berdekatan dan terus membawa bayi ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka. Malangnya, anak bongsu mereka disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Suaminya turut disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ads
Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, PBK II Mohd. Supian Md. Dali memaklumkan bahawa pihaknya menerima maklumat daripada hospital pada jam 9.58 pagi mengenai kejadian berkenaan.
Pemeriksaan bomba di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kebocoran gas atau unsur bahan berbahaya, sekali gus Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) tidak perlu digerakkan. Siasatan awal mengesahkan bahawa lelaki tersebut kemungkinan besar meninggal dunia akibat serangan jantung.
Khairul Aming ‘bebas’ ambil barang di Mydin bantu mangsa banjir. Situasi banjir di Kelantan semakin kritikal. Terpanggil membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir, pempengaruh, Khairul Aming turun padang memberi bantuan.
Khairul Aming ‘Bebas’ Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir
Dalam pada itu, syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) telah mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan Khairul Aming bagi meneruskan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin memberi jaminan untuk membenarkan usahawan itu mengambil barangan di premis miliknya bagi membantu rakyat terkesan.
“Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, 20,000 atau 100,000, nanti selepas banjir awak bayarlah,” katanya.
Situasi banjir yang dilihat semakin kritikal melanda negeri Kelantan sehingga mencecah hampir 100,000 mangsa.
Ia mendapat perhatian ramai sehinggakan pempengaruh media sosial dan beberapa usahawan tempatan termasuk Khairul Aming turun padang membantu mangsa banjir.
Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menerusi Instagram miliknya memaklumkan sebaik tiba di Kelantan pada Sabtu, dalam tempoh dua jam dia berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.
Dalam pada itu, pihak Mydin turut memberikan sumbangan berbentuk barangan kepada mangsa.
Pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa mendedahkan rahsia kebahagiaan rumah tangganya bersama suaminya, Haris Ismail atau juga lebih dikenali sebagai PU Riz.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor di Instagran, dia berkata rahsia kebahagiaan rumah tangganya adalah sentiasa berpegang kepada nasihat suaminya.
Pendedahan tersebut dibuat secara spontan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu ketika sesi podcast, setelah pengacara, Natasha Ozeir, menyatakan bahawa ada wanita berpendapat dalam sebuah rumah tangga mereka perlu menjadi isteri yang baik, pandai memasak, cantik, dan memiliki tubuh yang langsing.
Namun, Neelofa menolak dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa faktor-faktor itu bukanlah jaminan kebahagiaan dalam perkahwinan. Sebaliknya, saling menghormati antara pasangan adalah kunci utama untuk mencapai hubungan yang harmoni.
“Tapi Haris selalu bagi tahu dalam perkahwinan, bukan mengenai masakan,bentuk tubuh, dan wajah.”
“Tapi penghujungnya adalah rasa hormat. Serta akhlak dan adab you (isteri) kepada I sebagai suami. “
Dalam pada itu, turut membuat kenyataan bahawa siaran podcast berkenaan adalah rakaman yang telah dibuat pada bulan Jun lalu dan tiada kaitan dengan isu semasa.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1.
Tahun baru biasanya sinonim dengan azam dan permulaan baru. Tapi kali ni, Puan Faridah Mohd Ali kongsikan sesuatu yang lain dari kebiasaan bukan tentang apa yang kita nak tambah dalam hidup, tapi apa yang kita perlu buang untuk hidup lebih tenang, kemas, dan fokus.
Dalam perkongsiannya di Facebook, Puan Faridah berkongsi perjalanan beliau meng-clearkan bebanan hidup dari contact dalam telefon, group WhatsApp, barang peribadi, hingga ke circle sosial.
Beliau percaya bahawa hidup yang minimalis dan tersusun akan memberi ruang untuk kita capai lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.
Mari kita tengok, apa yang Puan Faridah dah buat untuk memulakan 2025 dengan langkah yang lebih ringan dan bermakna
1. Salah satu tabiat saya adalah tidak suka menyimpan barang-barang lama. Jadi awal tahun 2025 ni, saya clearkan beberapa perkara penting dalam hidup.
2. Saya lihat semula contact dalam hp saya. Saya clearkan semua. Masyaallah yang dah meninggalpun masih ada. Saya delete nombor contact kenalan atau sauadara mara. Delete.
3. Saya delete juga no contact yang sudah tidak berkait dengan saya lagi atau yang sudah lama tidak ada hubungan lagi. Juga no hp yang saya tidak pernah hubungi mereka. Mereka juga tidak pernah hubungi saya. Jika dah lebih lima tahun. Delete.
4. Saya leave group wasap dan telegram yang tidak aktif lagi. Dan saya clearkan semua memori di dalam group tersebut termasuk foto-foto dan chart tidak berkaitan. Pagi ni hampir 25 group wasap saya keluar dan 6 group telegram.
5. Saya clearkan dan delete ribuan foto yang dihantar melalui wasap. Ia sangat memberatkan memori hp saya sebetulnya. Juga video-video yang mengambil banyak space hp kita.
6. Tinggalkan beban tidak perlu dalam hp kita. Ia bukan hanya mengganggu, malahan langsung tidak memberi impak positif kepada kemajuan dan perkembangan diri kita.
7. Saya juga unfriend kenalan FB. Ramai yang sudah tiada, yang tidak wujud, yang tidak aktif, yang tidak pernah up status sendiri bertahun-tahun. Saya unfriend juga mereka yang selalu pos tentang negatif, komen-komen buruk, beremosi dalam status mereka. Saya unfriend juga mereka yang lock profile mereka.
8. Tahun baru ni, saya kecilkan circle tidak perlu, yang tidak menyokong kemajuan kita. Tinggalkan gangguan-gangguan yang boleh menyebabkan kita stuck pada level yang sama. Mereka menjadi rantaian yang merosakkan kemajuan dan perubahan diri sendiri. Maka deletelah. Let go semua itu. Jangan takut untuk bertindak.
9. Saya juga selalu kemaskan barang keperluan peribadi saya. Baju-baju yang lama tak pakai, baju kurang, jubah, blouse, seluar, skirt, kebanyakannya masih sangat cantik, saya akan sedekahkan. Nampak lebih kemas wordrobe saya. Terang rasa mata saya, terang juga hati saya. Senyum dan senang hati bila saya clearkan wordrobe saya. Happy sangat.
10. Saya keluarkan shawl atau tudung atau anak tudung yang dah tak pakai lebih dari setahun. Sejadah-sejadah yang banyak dan tidak terpakaipun, dikumpulkan dan saya sedekahkan. Begitu juga buku-buku bacaan Yassin dan tahlil, saya kumpulkan dan sedekahkan.
11. Purses, dompet, handbag lama juga saya kumpulkan, dan sedekahkan. Kebanyakannya masih baik keadaannya tetapi saya tidak gunakan lebih dari setahun, Woww, saya rasa happy apabila wordrobe saya kosong dan nampak tidak semak. Kemas, tersusun dan sangat menggembirakan. Dan saya mendapat energi baru dan fokus baru.
12. Kasut dan sandal, juga saya keluarkan dari kotak dan sedekahkan. Saya pakai kasut saiz 4.5 atau saiz 5. Saya sedekahkan kepada mereka yang mempunyai saiz kaki yang sama.
13. Jangan semakkan fikiran kita dengan perkara tidak perlu. Sedekahkan. Let go apa yang tidak membantu. Pahala pun dapat dari sedekah kita tu. Dosa pun kurang kerana ia mengelakkan pembaziran. Orang pun gembira kerana mereka mendapat barangan yang masih cantik, masih berguna, berkualiti dan ada harganya. Mereka gembira saya pun bahagia.
14. Tahun baru ni, kita mesti berazam untuk menambahkan aset. Baju, handbag, kasut, shawl, purses mahal bolehlah dipadamkan daripada fikiran kita. No new handbag, no new shawl. Kereta juga saya let go. BMW X5 pun saya dah jual. Dapat cash, saya buat simpanan emas. Pakai kereta yang biasa pun ok, guna kereta Malaysia pun bagus, tak kurang apapun. Kurangkan liabiliti. Pembaziran kita elakkan. Tahun baru 2025 ni kita stop kejar liabilities. Apa yang telan duit kita, makan duit kita, padamkan. Ajak anak-anak kita juga. Buat bersama-sama biar mereka faham.
Tahun ni kita mesti berusaha tambah simpanan emas, pelbagaikan simpanan kita, ASB, Tabung Haji, KWSP, buat hibah, beli rumah buat sewa. Alhamdulillah. Fokus pada goals baru kita. Buat yang memberi value kepada hidup kita sahaja. Untuk pendapatan pasif kita.
15. Office pun saya let go. Saya jual semuanya. Tiada beban dan kos tidak perlu lagi. Masa dah tiba untuk kita fokus kepada yang menambahkan value sahaja. Circle saya juga semakin kecil. Saya rasa semakin OK. Saya kekal bersilaturrahim dengan sesiapapun tapi tidak buang masa kepada hal remeh temeh. Network bisnes pun yang baru. Yang lama, mereka pilih mentor baru. Alhamdulillah, Saya happy, Allah tunaikan doa saya. Beransur- ansur mereka pergi sendiri. Itu pilihan mereka, saya menghormatinya. Dan saya tidak kehilangan apapun. Saya doakan kejayaan lebih besar untuk mereka. Jangan sedih-sedih apabila kita ditinggalkan. Nanti Allah gantikan yang lebih baik untuk kita. Percayalah.
16. Jangan peduli dengan apapun tanggapan orang. Kita bukan hidup dalam genggaman tangan orang lain. Kehidupan kita adalah tanggungjawab kita sepenuhnya. Kitalah yang menentukan warnanya. Jika kita mara maju ke hadapan, pasti kemenangan akan jadi milik kita.
17. Malam tadi selepas solat Isyak berjemaah dengan anak menantu, kami duduk semeja. Baru berkesempatan untuk berkumpul semua. Saya berikan mereka sekeping A4 paper sehelai seorang, kami buat review tahun 2024 dan target serta sasaran untuk tahun 2025. Semua tulis nama mereka sendiri.
18. Mereka senaraikan apa pencapaian mereka sepanjang tahun 2024. Apa yang membahagiakan mereka tahun lalu. Dari perkara kecil sehingga perkara besar yang mereka dah capai sepanjang tahun 2024. Maka mereka senaraikan. Wah semua baru nampak bahawa begitu banyak yang mereka telah diusahakan mengikut keadaan masing-masing. Semua pencapaian itu adalah dari ilmu, usaha, pengorbanan, kerja keras dan doa mereka. Semua nampak hasilnya. Kagum sekali. Tahniah kepada suami, Aimi, Adib, Tya, Irah dan Aisyah. Mama bangga dengan semua pencapaian kalian. Tidak kira walau sekecil apapun. Mama doakan kejayaan lebih besar untuk tahun ini.
19. Selepas itu mereka senaraikan pula perkara yang telah mereka setkan pada awal tahun 2024 dahulu tetapi tidak tercapai. Saya minta mereka tulis sebab-sebab tidak dapat dicapai, mungkin kurang ilmu, mungkin kerana tidak fokus, mungkin kurang disiplin atau hal-hal berpunca dari kawalan di luar diri sendiri. Mereka senaraikan. Semua nampak kesilapan dan kelemahan sendiri untuk diperbaiki.
20. Kemudian saya minta mereka setkan target dan impian untuk tahun 2025. Baik yang kecil mahupun yang besar. Wah bukan main semangat lagi. Ada yang nak beli rumah, ada yang nak tambah simpanan emas, nak jimat duit belanja, nak tambah ilmu dan skils baru, ada yang nak tambah beri duit untuk mama dan abah, ada yang nak kahwin, ada yang upgrade result akademik, ada yang nak gi umrah dan nak tambah pendapatan baru. Ada juga yang nak buat landskap kolam ikan dan sebagainya. Saya juga membuat impian baru bersama-sama mereka. Dan share idea dengan suami, anak dan menantu. Semua nampak happy dan semangat.
21. Mereka mesti senaraikan apakah kekuatan dan persiapan diri mereka, saya meminta mereka menyiapkan enam aspek dalam hidup iaitu….
Pertama, aspek spiritual, hubungan dengan Allah, bacaan Al-Quran, doa, perbaiki solat, solat sunat dan sebagainya.
Kedua, aspek fizikal, buat excersice, turunkan berat badan, kurangkan pemakanan manis, berminyak. Tambahkan serat, protein dan seumpamanya.
Keempat dari aspek emosi, banyak bersyukur dan berterima kasih, memaafkan, padamkan emosi marah, dengki, irihati. Tambahkan keyakinan dan percaya diri. Emosi akan lebih stabil. Hidup lebih rasional dan ia akan membuka lebih banyak kejayaan.
Kelima iaitu Komunikasi/circle. Perbaiki skils komunikasi dan luaskan circle positif. Luaskan pergaulan agar dapat meluaskan skop kejayaan.
Keenam adalah intelektual. Apakah bahasa baru yang ingin dikuasai, sklis baru, ilmu baru, membaca buku baru, hadiri seminar berkaitan dengan skils baru yang diperlukan.
22. Alhamdulillah, mereka nampak view yang lebih jelas tentang halatuju mereka untuk tahun 2025. Kita pilih yang perlu untuk hidup kita dan keluarga kita. Untuk kewangan kita. Untuk kejayaan kita. Untuk legasi kehidupan kita seterusnya. Kita tahu apa yang kita mahu. High value person. Insyaallah. Moga Allah
Dalam hidup ni, kita tak boleh kawal apa yang orang lain fikir tentang kita, tapi kita boleh kawal apa yang kita pilih untuk simpan dan bawa ke depan. Fokus pada impian dan nilai yang penting dalam hidup kita. Bila kita kemas fikiran, hati, dan persekitaran, insyaAllah kita akan rasa lebih ringan, tenang, dan bersedia untuk kejar kejayaan yang lebih besar. Let go, dan fokus pada perkara yang membawa kemajuan dan kebahagiaan.
Sumber: Faridah Mohd Ali
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu sebak anak maut dihempap pokok kelapa sawit -"Dia pakai cantik, wangi sangat." Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menemui ajal selepas ditimpa sebatang pokok kelapa sawit yang telah reput di Kampung Parit Wak Katek, Sanglang, dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi Selasa.