“Jika Anak Mengamuk Sebenarnya Mereka Sedang Berlawan Dengan Perasaan Sediri.” Ikuti Cara Fahami Perasaan Anak.

Share

Memahami perasaan bukan suatu yang mudah. Kaunselor ini Puan Farhan berkongsi panduan bagaimana untuk ibu bapa memahami perasaan anak supaya dapat mengawal perasaannya.

Sebagai ibu bapa, anda patut tahu bahawa perasaan atau feeling adalah satu perkara yang sangat penting untuk dibincangkan dengan anak anak.

Apabila kita bincangkan tentang perasaan dengan anak anak mereka akan belajar memahami perasaan yang mereka rasa sekaligus dapat memproses perasaan itu dengan baik.

Setelah mereka dapat faham perasaan itu, barulah kita senang untuk bantu mereka mengambil tindakan yang lebih positif.

Adakalanya anak itu mengamuk, nampak macam ganas sangat sehingga kita lupa bahawa mereka sebenarnya sedang berlawan dengan perasaan sendiri. Kita pun lupa nak ‘iktiraf’ perasaan anak itu.

Yela bila dah mengamuk kita pun dah serabut.

Biasanya, bila barang si kakak/abang di ambil oleh adik mereka akan marah dan mula mengamuk.

Jadi, ibu dan ayah yang melihat situasi itu akan mula ‘marah’ si kakak/abang dan menyuruh si anak diam dan jangan mengamuk lagi.

Kakak/abang yang marah akibat barangnya di rampas tadi terpaksa diam dan menyembunyikan perasaan marahnya.

Lama kelamaan, perasaan marah itu terkumpul dan terkeluar di saat waktu yang tidak terjangka.

Ketika itu mungkin dia boleh pukul si adiknya atau lebih teruk dari itu.

Yela. Dah simpan lama kan.

Jadi, itu jadi sesuatu yang tidak sihat untuk anak.

TINDAKAN IBU BAPA

Apa yang anda patut buat adalah, bila anak berada dalam keadaan marah atau pun sedih, bantu anak untuk memproses perasaan itu.

Kalau anak tengah marah.

Tanya lah anak untuk menguatkan lagi tekaan anda.

“Abang marah kan, adik ambil barang abang?”

“Ibu tahu abang marah adik ni…”

Lepas anda iktiraf saja perasaan si anak itu, barulah anda bantu dia cari jalan penyelesaian terbaik

“Ok, ibu tahu abang marah adik sebab dia ambil mainan abang. Tapi adik itu dia tak faham lagi sebenarnya. Nanti ibu ambil balik mainan abang ya”

” Ibu tahu apa yang adik buat tu abang marah. Kalau orang ambil barang ibu pun ibu marah juga. Abang marah adik tak salah, tapi jangan pukul adik je”

Sebenarnya bila anda boleh mengiktiraf perasaan anak itu sudah buatkan anak anak anda lebih tenang.

“Oh, ibu faham sebenarnya perasaan aku”

Ini sudah lah perasaan anak itu tidak di iktiraf, adakalanya mereka pula dihentam. Kalau yang tengah tantrum tu memang lagi teruk lah tantrumnya??

Apa yang penting, iktiraf perasaan anak anak. Ajar anak anak untuk faham perasaan sendiri.
Ajar anak anak untuk handle perasaan mereka dengan baik
Tak salah untuk mereka rasa sedih, marah semua tu.
Yang penting macam mana mereka mengawal diri saat berdepan dengan perasaan tersebut.

#notaparentingpuanfarhan

Sumber: FB Puan Farhana

IKLAN