Jika Tanam Kesum Asyik Rosak, Ikut Cara Lelaki Ini Tanam. Siap Bagi Step By Step Lagi, Sesuai Untuk Newbie!

Share

Daun kesum adalah antara pokok yang mesti ada untuk memasak hidangan setiap minggu. Daunnya sering digunakan untuk memasak hidangan seperti asam pedas, laksa atau sebagai ulaman nasi kerabu.

Biasanya jangka hayat daun kesum ini tidak lama dan cepat kering jika tidak betul cara penyimpanannya. Tambahan pula, harga daun kesum ini agak mahal di pasaran.

Untuk mengurangkan bajet membeli daun kesum di pasaran apa kata kita cuba tanam sendiri daun kesum di rumah.

Menerusi perkongsian lelaki ini dilihat mudah apabila beliau menyediakan gambar langkah demi langkah menanam pokok ini menggunakan cara keratan batang. Biarpun nampak mudah tetapi ada juga yang masih tidak berjaya menanam pokok ini.

Jom kita ikuti perkongsian ini.

Sebelum suka bertani, ingatkan susah nak tanam Pokok Kesum ni.
Rupanya mudah sangat nak semai Pokok Kesum melalui keratan batang. Nah saya share cara saya ye.
1.Ambil beberapa batang kesum yang sudah matang
2.Buang daun dekat bahagian batang bawah. Biarkan beberapa helai sahaja ke atas tu.
3.Rendam batang kesum tadi dalam bekas berisi air. Nak bagi akarnya aktif.
4. Ini yang dah direndam selama 5 hari, tengok akarnya dah banyak kan.
5. Sedia untuk ditanam dalam pasu. Tanah tu saya guna yang di kedai Eco je.
6.Cucuk saya sampai tenggelam akarnya. Siram 2 kali sehari sebab pokok kesum ini suka tanah yang lembab.
7.Inilah hasil selepas dua bulan. Selalu siram dengan air basuhan beras.
8. Meriahnya subur naik. Boleh lah guna masak laksa atau asam pedas.
Semoga bermanfaat, jangan lupa Share ye.

Sumber: Mohamad Arymin

IKLAN