Jimat Dan Mudah! Buat Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim Di Rumah Je

Share

Kacang merah sememangnya tidak asing lagi dalam kebanyakkan sajian makanan terutamanya pencuci mulut seperti cencol, bubur kacang merah dan aiskrim. Selain khasiatnya yang bagus untuk tubuh badan, rasanya yang lemak-lemak manis itu sangat seronok untuk dinikmati.

Menurut perkongsian resipi aiskrim kacang merah oleh Siti Rohana, aiskrim ini boleh jadi snek untuk sesekali layankan karenah anak-anak di rumah. Selain itu, step yang dikongsikan ini juga sangat mudah diikut disamping boleh berjimat.

“Mudah je buat aiskrim kacang merah ni dan lebih jimat bila buat sendiri. Manis, lemak berkrim secukup rasa, anak-anak pun mesti suka”.

Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim

Bahan-bahan:

  1. Kacang merah (lebih kurang 300grm)
  2. 1.5 liter air masak
  3. 1 cawan gula
  4. 1/2 cawan susu pekat
  5. 1 satu kotak santan (kecil)
  6. 1 tin susu cair
  7. 3 sudu tepung pulut
  8. 3 sudu tepung jagung
  9. Sedikit sirap
  10. Sedikit garam

Cara Penyediaan:

– Rendam kacang semalaman, selepas itu rebus sampai empuk dan lenyek. (Lagi lama rendam kacang lagi bagus senang empuk). Kacang merah saya suka letak banyak, lagi sedap. Resipi diatas anggaran sahaja.

– Masukkan 1.5 liter air + 1 cawan gula masak atas dapur sampi gula hancur.

– 3 sudu tepung pulut + 3 sudu tepung jagung bancuh dan tuang dalam air gula tu. Kacau sampai tepung larut. Nak senang guna mixer.

– Masuk 1/2 susu pekat, 1 kotak santan yang kecik, 1 tin susu cair.

– Masukkan garam sikit, sirap sikit untuk bagi warna cantik. Buka api kecik kacau sampai mendidih. Last sekali masuk kacang yang ditumbuk tu kacau sampai kacang sebati. Tutup api.

– Masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan.

Sumber: Siti Rohana

IKLAN