“Jodoh Kami Sampai Di Sini, Doakan Semoga Hati Saya & Anak-Anak Reda..” – Isteri Hafidz Roshdi

Share

“Jodoh kami sampai di sini.”

Demikian ringkas kata isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mengenai dakwaan dirinya sudah diceraikan.

Shuhada yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata, enggan mengulas lanjut perkara itu dan memohon diberikan ruang.

“Saya minta maaf, buat masa ini tidak ada apa yang ingin dikongsikan lagi. Cuma, saya mohon doakan semoga hati saya dan anak-anak reda, insya-Allah. Selebihnya, tunggulah 1 Mac ini,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu, bersaksikan keluarga mereka.

Difahamkan, Shuhada bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai itu pada 1 Mac.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Sumber : Harian Metro

IKLAN