Bermula 1Julai ini, Taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) termasuk Tabika Kemas yang di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan serta semua prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan swasta dibenarkan beroperasi.

Kebenaran ini melibatkan kira-kira 24,410 institusi pendidikan tersebut yang berdaftar di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan meneliti dan bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dibentangkan secara menyeluruh.

“Jumlah tadika yang terlibat; prasekolah sebanyak 6,212 buah; swasta (7,887); Kemas (8,530); dan Tabika Perpaduan (1,781).

“Kita telah pun menerima SOP dan bersetuju dengan SOP yang dibentangkan dan cadangan prasekolah dan tadika dibuka pada 1 Julai 2020.

IKLAN

“Mengenai SOP, ia lengkap meliputi sebelum kemasukan pelajar, sewaktu mereka belajar di kelas dan tabika dan begitu juga ketika mereka pulang, SOP cara mereka bermain dalam tabika serta waktu makan,” katanya dalam sidang media.

Menurut Ismail Sabri, perincian SOP itu akan dibentangkan oleh KPM dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini turut menyentuh perkara lain.

IKLAN

Berikut lima perkara penting yang perlu anda tahu dalam sidang media harian PKPP hari ini:

1. Kerajaan membenarkan operasi semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan kecuali di zon merah. Masjid dan surau di negeri-negeri lain tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

IKLAN

2. Pada masa sama, kesemua 5,230 rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara juga dibenarkan beroperasi tertakluk kepada kebenaran kerajaan negeri dan SOP yang ditetapkan.

3. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara disaran membuat saringan COVID-19 tiga hari sebelum pulang ke Malaysia. Bagaimanapun, mereka masih perlu menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing sejurus tiba di tanah air.

4. Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) akan membentangkan SOP subsektor pelancongan termasuk spa, pusat urut kaki, mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran, serta pameran perdagangan dalam negeri kepada MKN

5. Kerajaan bersetuju dengan cadangan pembukaan prasekolah dan tabika bermula 1 Julai 2020. Bagaimanapun, SOP yang terperinci akan diumumkan oleh KPM.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI