Sudah menjadi kebiasaan setiap peniaga pasti mahukan sesuatu kelainan dalam perniagaan mereka lebih-lebih lagi dalam membina jenama. 

Sepanjang bulan Ramadan ini, ramai peniaga cuba pelbagai cara untuk menarik perhatian para pengunjung untuk mengunjungi gerai mereka. Dan yang paling utama, dalam zaman sekarang para peniaga mahukan perniagaan yang dijalankan tular. 

Oleh yang demikian, sesuatu yang unik haruslah dicipta supaya mudah diingati. 

Baru-baru ini telah tular sebuah video yang memperlihatkan seorang peniaga bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai air balang, malah turut meletakkan sekali tin susu dalam balang tersebut.

Perkongsian video di aplikasi Tiktok oleh @surishaha89 telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Sememangnya pada bulan Ramadan ini, ramai yang akan terliur melihat air dalam balang yang meriah dengan pelbagai warna dan jenis. 

IKLAN

Ianya memang menarik namun ada sesuatu yang membuatkan netizen ‘seram’ melihat air tersebut. Ianya adalah kerana terlalu banyak susu yang dimasukkan dalam air balang tersebut. Malah, peniaga turut meletakkan tin susu tersebut di atas balas air membuatkan netizen ragu-ragu dengan kebersihan tin tersebut. 

Meskipun diyakini manis dan pekat, para netizen nampaknya agak risau dengan penggunaan gula yang tinggi dalam setiap minuman yang ditawarkan. Lebih mengejutkan, peniaga ini telah meletak sehingga 9 tin susu bagi sesebuah air balang.

Sementara itu, dari segi faktor kesihatan, orang ramai dinasihatkan untuk berbuka puasa dengan kurma atau air kosong yang sekaligus lebih menyihatkan badan berbanding minum air yang mengandungi jumlah gula yang tinggi sebaik sahaja berbuka.

IKLAN

Bukan untuk menjatuhkan mana-mana perniagaan terutamanya bagi para peniaga yang bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk umat Islam berbuka puasa. Namun pendapat dapat pelbagai aspek haruskan diambil kira demi memastikan kesejahteraan masyarakat.

@surishaha89 Nenek dah pesan #bazarramadan #bazarramadhan #ramadhan2023 #airbalang #puasaramadhan ♬ Diari ramadhan rafique – Bunga Adira 🌸

[TIPS]

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jual Air Balang Pekat Dan Manis Namun Tin Susu Jadi Perhatian Gara-Gara …

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI