Kacang Goreng Homemade Untuk Kudap-Kudapan. Rangup & Sedap, Mudah Pula Tu. Ini Resipinya!

Share

Kacang Goreng homemade ni memang sangat mudah nak buat. Malah kudap-kudap sedap ni tak guna banyak bahan. Kalau nikmati sambil tonton TV, memang ralit. Sekejap je dah habis satu balang. Kos nya pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari

E-cah Katman ni. Anak-anak dan suami pasti suka.

RESEPI KACANG GORENG HOMEMADE SEDAP UNTUK KUDAP-KUDAPAN
KACANG TANAH GORENG
Bahan-bahan:
Kacang tanah besar
Bawang putih – hiris
Halia – hiris
Serbuk rencah nasi goreng
Air secukupnya
Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya

Cara Memasak:
1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.
3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.
4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.

5. Sedia untuk dinikmati.

INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.

IKLAN