“Kain Lampin Penyelamat, Bagus Adik Relak Je Tutup.” Kereta Bocor Masuk Air, Keluarga Tomok Dipuji Susah Senang Bersama!

Share

Bahagia itu sederhana, tak perlu banyak duit atau pangkat yang tinggi semata-mata untuk bahagia. Yang penting dapat bersama dengan orang yang kita sayangi.  Kesenangan duit takkan kekal selamanya tapi kasih sayang kekeluargaan itu yang perlu diutamakan.

Melihatkan kebahagiaan keluarga kecil penyanyi Tomok ini membuatkan ramai yang kagum. Lebih-lebih pasangan ini memiliki anak-anak yang comel dan cerdik.

Tetapi perkongsian terbaru Tomok menerusi sebuah video di laman Instagram miliknya baru-baru ini cukup menyentuh hati.

Video tersebut memaparkan Tomok dan isteri serta anak-anaknya ketika menaiki kereta pertamanya miliknya iaitu Kancil. Dalam masa yang sama, Tomok turut berkongsi kenangan dahulu bersama keluarga dan pasangan.

alhamdulillah kereta dah siap

suka betul anak anak…sejuk katanya..haritu aircond rosak..tapi ending video agak menyeramkan buat ayah..aduh pening

 Namun, menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, sebelum ini kereta Kancil tersebut mengalami kerosakkan bahagian penghawa dingin tetapi sudah dibaiki. Malangnya selesai betulkan bahagian tersebut, lain pula yang berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara Tomok mendidik anak-anaknya. Selain itu ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri waktu kecil.

aididmarcello Good parent ❤️😝 anak comeii
mila_jirin Aduhh teringat mak ayah…waktu zaman zaman anak2 mcm ni lah bila ayah sewa kereta…seronoknya bukan kepalang walaupun mcm mcm hal kereta sewa zaman dulu dulu
faridah_fery Alahaii kenangan betul tu nanti ❤️
zilfariza78 Ala comel je semua.. Rasa sebak pulak.. Huhuhu
Ibarat susah senang bersama
miraradzi97 Alhamdulillah…kebahagiaan ini yg di cari setiap rumah tangga…semoga tomok dan keluarga selalu di dalam lindungan allah…amin.. ❤️
wannazihahwanmuhamatali Ibarat merasa susah senang bersama.. kenangan terindah
shashaqeera terhibur la.. air banyak.. sis pernah gak naik kancil, bila ujan je siap basah ya bawah tu. 🥸
Moga happy dan enjoy bersama keluarga
jarikalkulator hahhahahhaaa.best..kids dh besar nt sume jd kenangan..bgus adik tutup pakai kain.taat
nims.huza Bestnyaaa moments2 yang macam niiii.. happy familyyyy ❤️
jeje_lani adik rilek jek tutup dgn kain. steady!
nor.gie8 Alhamdulillah…..👍👍moga happy n enjoyy bersama keluarga……😍
serra_fazila nasib ade kain lampin khadijah penyelamat 😂 bagus adik tukang tutup bocor

Sumber: tomokofficial

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IKLAN