“Kakak Yang Baik. Tak Marah Pun Adik Nak Rampas Botol.” Lembut Je Beralah Kena Kacau, Gelagat Ainul Raih Pujian. Sweet!

Share

Setiap kali si ayah mahupun ibu berkongsi perkembangan bidadari kecil kesayangan rakyat Malaysia ini, pasti ramai yang melahirkan rasa sebak. Tak kurang yang mendoakan kesihatan Ainul Mardhiah supaya membesar dan sihat seperti kanak-kanak lain seusianya.

Terbaru, ibunya Nurul Erwani Zaidi berkongsi gelagat Ainul bersama adiknya, Umar yang cukup mencuit hati. Dalam video pendek tersebut, kelihatan si adik cuba menarik dan mengambil botol yang berada dalam pegangan Ainul.

Waktu itu, Ainul sedang minum susu sambil memegang botol. Manakala si adik sedang bermain-main di tepinya.

Yang menjadi pujian bila mana Ainul nampak tenang dan langsung tidak marah walaupun si adik menarik-narik botol ditangannya.

Bahkan, Ainul membiarkan adiknya mengambil botol tersebut. Malah Ainul siap menutup botol tersebut sebelum diberikan kepada adiknya itu. Sweetnya kak Ainul ni!

Nampak penyayang dan sabar layan adik

Gelagat dua beradik ini mengundang perhatian daripada warga maya. Rata-rata memuji tindakan Ainul yang nampak cukup penyayang dan sabar melayan adiknya.

Kiut miut dua-dua
nur_syafeeqa Ainul kakak yg baik. Dia tak marah pon adik dia nak rampas botol. Semoga membesar dengan sihat ainul. 😍😍
eena_75 haha..adik kacau kakak mkn ke? nk ajak main la tu
noorazma_kassim Kiut miut dua2 ❤️❤️❤️
Bagusnya kakak
nuruljannahnurraysa Bagusnya kakak ainul, tak marah pun adik kacau..😍😍
mfreda87 Kakak Ainul baik je, xmarah adik pun ambi botol susu tu😍😍
mariamar66188 Pandainya kakak ainul. Duduk diam masa mkn
Adik buli kakak mengalah
nurmiema Kakak ainul hebat n kuat… ❤️❤️
sumosaunabycikmar adik buli kakak..kakak yang baik mengalah ngn adik❤️😍 seronok tgk ainul dan umar❤️❤️❤️
dila9288 bagusnya kakak ainul..alhamdulillah
Sumber: _nrlerwani

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

IKLAN