Kalau Marah Anak & Tak Boleh Kawal Diri, Ikut Saranan Doktor Ini, Mak-Mak Kena Buat Perkara Ni!

Share

Tak dinafikan, perangai anak yang ‘macam-macam’ buat kita jadi hilang kawalan diri. Hilang sabar dalam diri mungkin kerana terlalu penat dibebani dengan tugasan lain ditambah pula kerenah anak yang pelbagai.

Ada ketikanya sampai satu tahap, tangan naik dengan sendirinya tanpa kawasan. Sudahnya bila dah pukul anak, mak-mak akan menangis sendiri dan menyesali perbuatan ini. Itulah yang selalunya dilalui oleh semua wanita bergelar ibu.

Anda patut ikut saranan doktor muda ini, Dr. Taufiq Razif yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan di facebooknya.

Banyak kebenaran dalam setiap kata-katanya. Bagi ibu, buat seperti yang disarankan olehnya.

” Rasa je nak mengamuk terus buat benda ni..

Kadangkala tu saya tak salahkan pun emak emak yang mengamuk kat anak sendiri. Sebenarnya emak emak ni cuma perlu moral support daripada orang di sekeliling je.

Yela, anak ramai. Kerja pula bertimbun. Pasangan pula jenis tak memahami. Memang boleh jadi tiba-tiba hilang kawalan diri. Sebab tu emak emak ni kena tahu tanda-tanda yang diri tu hampir hilang kawalan.

Antara tanda-tanda yang emak-emak kena tahu adalah :
– tiba-tiba je pernafasan jadi laju
– dada rasa berdebar debar
– tangan dalam posisi menggenggam
– nada suara jadi lebih tinggi daripada kebiasaan
– dah mula timbul rasa benci dengan anak sendiri

Kalau ada tanda-tanda dalam senarai di atas, anda patut lakukan beberapa perkara ini. Wajib buat ya!

Dah ada je tanda-tanda ni terus buat ‘Time-Out’ untuk diri sendiri.

Jauhi anak-anak, pergi ke satu sudut dan duduk bersendirian. Masa tu kena buat Deep Breathing Exercise.

Guna teknik 4-7-8

Amik nafas dalam selama 4 saat. Tahan nafas selama 7 saat dan hembus nafas perlahan-lahan dalam masa 8 saat. Ulang teknik ni berkali kali sampai rasa marah tu reda.

Saya bukan apa, ramai sangat emak emak yang terpukul anak dengan pukulan yang keras sebab hilang kawalan diri. Bila anak dah tidur baru la tersedar dan akhirnya menangis semahunya memikirkan diri yang hilang kawalan emosi pada anak sendiri!

Anak ni rapuh. Pukulan, ugutan dan ancaman hanya menyebabkan anak jadi makin ganas kerana otaknya merasa diancam dan sifat ganas tu akan keluar sebagai salah satu bentuk pertahanan diri ( defense mechanisms ) dirinya!

Jadi jom belajar ilmu parenting lebih dalam lagi supaya anak jadi bahagia, ibu pun jadi lebih ceria. Join kelas parenting percuma di telegram saya. Install Telegram dan klik sini t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber: Taufik Razif

IKLAN