“Kalau Papa Kahwin 4 Pun Takkan Mampu Jaga Macam Anak-Anak Buat.” Dr Norzizi Sebak Kongsi Pesanan Ayah

Share

Menjaga orang sakit ini memerlukan kekuatan emosi dan jiwa yang kental. Bukan hanya terpaksa korbankan tenaga, masa dan paling utama kena sabar. Kesungguhan dan ketabahan Dr Norzizi Zulkifli dan adik-beradiknya yang lain menjaga dan menguruskan ayah mereka bergilir-gilir membuatkan ramai memuji metreka anak yang baik.

Baru-baru ini pengarah teater yang juga pensyarah, Dr Norzizi menerusi instgramnya, berkongsi kesedihan di sisi bapanya yang juga pelakon dan seniman veteran, Datuk Zulkifli Zain, 75, yang dirawat di hospital.

Aktor veteran ini dimasukkan ke hospital kerana masalah kencing tidak lawas berterima kasih kepada anak-anaknya selain memberikan beberapa pesanan buat anak-anaknya.

“PAPA memang selalu berpesan. Cuma, barangkali pagi tadi yang cukup hening buat kami berdua dan dia pun pesan macam-macam.

“Saya pula jarang nangis, jadi sedihlah. Apapun, papa bukan kritikal. Dia stabil dan sakit sikit saja,” katanya lagi.

“Jangan risau, papa sihat dan dia akan sembuh tidak lama lagi,” katanya memberitahu bapanya juga baru dibenarkan keluar hospital.

Menerusi foto dimuat naik Norzizi di Instagram (IG) baru-baru ini, dia mengabadikan gambar sedih kerana menangis bersama bapanya.

Dengan kapsyen ditulis, selepas sarapan pagi, duduk di katil kena picit lutut dia, sekali lagi papa ulang suruh beritahu adik dia ucap terima kasih.

“Lepas breakfast, duduk kat katil kena picit lutut dia, sekali lagi Papa dok ulang suruh bagitahu adik2 dia ucap terima kasih dan katanya 4 bini pun tak mampu jaga macam mana anak2 dia jaga Papa Mama.

“Macam2 lagi lah dia cakap so sy cepat2 amik phone and I said “Ha cakap kat adik2 smua, Zi rakam ni” video tu buat saya tak boleh tahan, burst! Rabak. So sy abadikan kerabakan saya dengan Papa, pagi ni, sebelum I nak pi kerja!

 

Zulkifli sebelum ini pernah diserang penyakit angin ahmar menyebabkannya lumpuh tangan serta kaki kiri.

Sumber: IG norzizizulkifli

 

IKLAN