“Kalau Tiada Waris, Please Mummy Becca Nak Jaga.” Rebecca Tawar Diri Nak Jaga Arfan Ziqri

Share

Kisah si kecil bernama Arfan yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini mengundang simpati daripada pelbagai pihak. Malah ada yang mengatakan kesudian untuk menjaga si kecil yatim piatu ini.

Naluri seorang ibu yang tersentuh membuatkan,  Datin Rebecca Nur Al Islam antara salah seorang individu yang menawarkan diri untuk menjaga Muhammad Arfan Ziqri. Dia meluahkan hasrat tersebut menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG) untuk menjaga Arfan sekiranya tiada waris berbuat demikian.

Dia yang memang sukakan kanak-kanak mengakui mahu memelihara anak kecil ini. Malah, pelakon berusia 33 tahun ini juga mempunyai anak angkat, Nor Adam Daniel, 11, dan Nor Aurora Riana, 10 bulan, selain dua anak tiri.

 

“Saya memang sayang dan sukakan kanak-kanak. Hati saya mudah tewas dengan anak kecil.

“Menjadi kebiasaan saya, jika ada anak kecil yang dilihat memerlukan perlindungan dan jagaan, mereka akan dibawa pulang ke rumah. Sekalipun sudah mempunyai anak kandung, saya seronok dapat menambahkan ‘zuriat’.

“Kalau tiada siapa yang sanggup menyalurkan kasih sayang buat mereka, saya sudi berbuat demikian,” katanya.

“Kalau Tiada waris Yg boleh Menjaga anak Ini,Please 🙏🙏🙏Mummy Becca Nak Jaga… #ComelnyaAwakSayang

“Ya Allah,Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yg memikul🙏🌹Salam Takziah kepada Ahli Keluarga anak Ini,Dan Al Fatihah Buat Kedua Ibu Dan bapanya….tulisnya.

Perkara tersebut diluahkan selepas dia mengulang siar perkongsian dari Pencetus Umah (PU) Amin.

Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, yang bertugas di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, dan Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, 29 Oktober lalu.

Kisah anak kecil ini menjadi tular kerana sekelip mata bergelar yatim piatu selepas kemalangan menyayat hati itu.

Sumber: IG rebeccanuralislamahmad & Berita Harian Online

IKLAN