Dalam ketawa kita, rupanya ada insan sedang berduka. Dalam kita diberi kesihatan yang baik ada insan yang kesakitan. Juga yang kaya, ada yang miskin. Begitulah putaran hidup manusia. Sebagaimana umat manusia, pastinya jiwa meruntun melihat ada umat yang dilanda kesusahan hidup.

Kala membaca coretan perkongsian di laman facebooknya,  Yan Sg Pinang atau nama sebenar, Puan  Azlezan yang disahkan menghidap kanser otak tahap empat, memohon kenalan mendoakan kesihatannya dan melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang dihulurkan kepadanya. Beliau tabah dengan dugaan ini demi suami dan anak-anak.

Kanser Otak Tahap Empat, Wanita Ini Tabah Demi Anak Dan Suami

Sesiapa yang mengenali Yan Sg Pinang..di sini kyan ingin meminta pada semua hamba Allah, tolong doakan kesembuhan buat diri kyan..doakan… mudah-mudahan dipanjangkan usia supaya boleh beramal ibadat kepada nya sebelum menghadapi maha pencipta ?, doakan semoga kyan dapat melawan canser,kuat semangat,kuat antibodi,kuat fizikal mental dan emosi.. Aamin ya Rabbal Alamin… untuk makluman semua kyan sekarang di uji tahap kesihatan yang menurun dan kritikal…di mana sejak 2 bulan kebelakangan ini sel kanser aktif semula dan mengakibatkan saluran darah pecah kemudian merebak sebelah kiri tubuh badan kyan…di mana kaki kiri,tangan kiri tidak boleh berfungsi,mata kiri kabur,dan telinga kiri rosak, sekarang sejak kebelakangan ini kyan terpaksa menggunakan kerusi roda dan tongkat untuk pergerakan….di sini kyan merendah diri, ingin meminta sahabat handai doakan semoga kYan kembali sihat seperti sediakala,jika ada kesalahan tau pun terasa hati sepanjang mengenali diri kyan…kyan memohon ampun dan maaf kepada semua..di sini juga kyan ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan, pertolongan dari semua pihak..dari NGO, persatuan,ketua kampung,penduduk2,taman perumahan, sekolah2,guru2, perseorangan,YB, datuk datin,keriah masjid mahupun surau…yang sudi meluangkan masa datang ziarah kyan sekeluarga..jasa baik budi kalian hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas nya..kyan tak dapat membalas budi baik kalian,hanya dapat mendoakan kesejahteraan kepada semua hamba Allah yang dermawan dan perhatian…. ucapan jutaan terima kasih dari kami sekeluarga….. doakan kesembuhan buat diri kyan..

Kanser Otak Tahap Empat, Wanita Ini Tabah Demi Anak Dan Suami

Terdahulu, wanita berusia 35 tahun ini disahkan menghidap kanser itu sejak  2016 selepas mengalami strok otak. Menurutnya, sebelum itu dia selalu berulang-alik ke klinik  kerana sering sakit kepala dan migrain.

IKLAN

“Bagaimanapun, pada Disember 2016 selepas bangun dari tidur, saya tak ingat apa-apa, otak rasa kosong. Selepas pemeriksaan lanjut di hospital, doktor sahkan saya menghidap kanser otak tahap empat,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Pinang Raja.
“Bagaimanapun, pada Disember 2016 selepas bangun dari tidur, saya tak ingat apa-apa, otak rasa kosong. Selepas pemeriksaan lanjut di hospital, doktor sahkan saya menghidap kanser otak tahap empat,” katanya yang tinggal di kediamannya di Taman Pinang Raja.

Tidak lama kemudian katanya, doktor mengesahkan dia bebas tetapi kegembiraan itu tidak lama apabila sel kanser kembali aktif.
“Selepas Aidilfitri tahun lalu, sel kanser kembali menyerang menyebabkan mata jadi kabur dan telinga kiri kurang jelas. Begitu juga tangan dan kaki kiri jadi lemah. Mujur ada suami dan anak-anak membantu.

Minta bantuan jiran dan rakan sumbangan pakaian sekolah

IKLAN

Ibu kepada empat cahaya mata berusia 13 hingga 4 tahun ini berkata, dugaan datang bertimpa apabila suaminya, Zainal Abidin Mohamed Ali, 48, yang bekerja di sebuah kilang di Bandar Sultan Suleiman, di sini tidak dibayar gaji sejak empat bulan lalu.
“Tuhan saja yang tahu apa yang kami tanggung. Lebih sedih lagi bila awal tahun kami tak dapat sediakan kelengkapan untuk anak-anak sekolah.

“Sehingga saya terpaksa meminta bantuan jiran dan rakan sumbangkan pakaian sekolah terpakai untuk anak-anak kami,” katanya.
Menurutnya, pendapatan suaminya hanya RM1,500 sebulan dan tidak cukup menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

“Dulu sebelum jatuh sakit saya memang ambil upah berurut untuk bantu tambah pendapatan keluarga. Malah masa sakit pun saya masih lagi gagahkan diri berurut sebab dua tangan masih kuat. Tapi sejak sel kanser kembali aktif, saya hanya mampu baring.
Azlezan memberitahu, dia bersyukur kerana ada jiran, sahabat serta orang ramai yang datang menghulurkan sumbangan barangan keperluan.

IKLAN

“Baru-baru ini Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke rumah. Alhamdulillah, mereka akan bantu ringankan beban kami,” katanya yang dilihat sesekali menahan sakit.

“Apa lagi pilihan lain yang saya ada, selain reda dan tawakal? Setiap hari saya tak pernah kenal putus asa berdoa supaya ALLAH SWT memberikan kekuatan dan sembuhkan penyakit ini,” katanya.

Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank Zainal Abidin Mohamed Ali, 112464126954 atau menghubungi Azlezan di talian 011-23352038.

Sumber: www.gpsbestari.com dan Fb Yan Sg Pinang

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI