
Benarlah kata perpatah, kasih seorang ayah sepanjang masa. Sudah tentunya akan memastikan anak sentiasa selamat dan dijaga dengan baik.


Benarlah kata perpatah, kasih seorang ayah sepanjang masa. Sudah tentunya akan memastikan anak sentiasa selamat dan dijaga dengan baik.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah benar ini membuatkan sayu hati membacanya. Sebuah perkongsian cerita dilaman facebook oleh seorang Doktor Bius, Dr Hana Hadzrami yang menyingkap bahawa kehidupan harus ditunjungi sebuah kasih sayang.
Ia berkisar seorang pesakit belum berkahwin tetapi dilimpahi kasih sayang orang yang menyayanginya. Sebaliknya pula kisah seorang pesakitnya yang mempunyai keluarga tetapi anak-anak tidak menghiraukannya ekoran kesilapan masa silam hidupnya.
Semoga kisah ini menjadi kite motivasi untuk berbuat baik kepad sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Apa yang pasti, kasih sayang adalah tunjung kebahagiaan abadi.
KANDUNG
Encik Azlan baru saja kami selesaikan kemasukannya ke ICU. Pernafasannya dah distabilkan dengan mesin bantuan, jantungnya stabil dengan sokongan dua jenis ubat penampung tekanan darah.
Sekarang kami perlu beritahu ahli keluarga Encik Azlan tentang perkembangannya. Dia kritikal tetapi agak stabil buat masa sekarang.
“Dia single doktor. Takde isteri, takde anak”, beritahu misi kepada saya.
Alahai. Kesiannya sebatang kara, fikir saya.
“Takkan takde sesiapa tinggal dengan dia? Adik beradik ke, mak ayah ke?” Tanya saya.
BELUM BERKAHWIN TETAPI DILIMPAHI KASIH SAYANG
Tiba-tiba ada tiga anak remaja masuk ke ICU menerpa kearah kami.
“Doktor, pesakit yang baru masuk tadi pakcik kami. Macam mana dia sekarang?” tanya mereka.
Rupanya Encik Azlan ini walaupun masih bujang, tetapi dikelilingi oleh ramai ahli keluarga yang menyayanginya.
“Acik Lan ni umpama bapak kami doktor. Dia adik mak saya. Lepas ayah kami meninggal dulu, dialah yang bersusah payah tolong mak besarkan kami semua. Dia buat banyak kerja sambilan nak sekolahkan kami. Tak sempat nak fikirkan diri sendiri, makwe pun takde. Kesian dia.”
Bersungguh mereka cerita pada saya.
Belas hati saya mendengarkan pengorbanan pesakit ini.
ADA KELUARGA TIADA KEBAHAGIAAN
Mata saya melirik ke pesakit katil hadapan Encik Azlan. Kisahnya jauh berbeza.
Ada isteri, ada anak tetapi tiada siapa berada di sisi. Bersusah payah kami mencari saudara-maranya sehingga memerlukan khidmat polis. Barulah muncul seorang anak lelakinya.
Itupun nampak seperti tak peduli. Hanya sanggup bayar bil tapi tak mahu terlibat untuk menyambung penjagaannya apabila dia bakal pulang ke rumah nanti.
“Dia memang bapa kandung saya doktor. Tapi dia dah tinggalkan saya dan adik beradik lebih 20 tahun. Langsung tiada khabar berita setelah dia ceraikan mak saya.”
“Saya ingat lagi dulu dia layan saya dan adik beradik macam kami ni peminta sedekah. Padahal kami dah tiada pilihan lain jumpa dia minta duit belanja, makan nasi dengan garam telur je masa tu. Sampai hampir kami kena berhenti sekolah. Doktor nak saya jaga dia sekarang?”
“Saya sanggup maafkan dia. Tapi tak sanggup nak terima dia sebab apa yang dia buat pada mak dan adik-adik saya.”
“Maafkan saya doktor. Doktor carilah bini dia sekarang dengan anak-anak tiri yang dia bela dulu. Kalau tak jumpa juga, hantarkan saja dia ke rumah kebajikan. Saya akan bayar.” Tegas anaknya.
Saya terdiam.
Dulu saya sangka anak-anak yang abaikan ibubapa semuanya derhaka. Saya tak tahu kisah sesetengah mereka yang terlebih dahulu dizalimi oleh ibubapa sendiri.
Ada yang banyak kali berkahwin namun sepi tanpa kasih sayang. Ada yang tak berkahwin langsung tetapi dilimpahi kasih sayang.
Seperti Encik Azlan. Berebut-rebut anak saudara menziarahinya ketika sakit dan melayannya sebaik saja pulih dari koma.
Pada kita ibubapa; usah ingat kita selamanya akan muda, sihat dan kaya. Suatu hari kita akan tua, akan sakit dan akan mati. Saham apa yang kita jadikan bekal dikala itu?
Tiada saham yang lebih berharga dari anak-anak soleh. Tak kira anak kandung atau anak jagaan.
.
.
Hana Hadzrami
هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَٰنُ
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik, melainkan balasan yang baik juga? [Quran 55:60]
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Kisah keluarga ini cukup menyentuh hati apabila mereka disahkan positif Covid-19.
Keluarga doktor yang diuji ini, Dr Samsu Ambia Ismail merupakan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan (HTI).
Beliau disahkan positif Covid-19 bersama ahli keluarganya yang lain. Termasuk isteri, Mazrieni Mahd Zaki, 39, dan lima orang anak, Erika Syamim, 18, Elisya Syamim, 15, Edrieda Syamim, 13, Eryna Syamim, 11 dan Eiman Syamim, 8 tahun.
Doktor Ini bersama isteri dan 5 anak mereka kemudiannya ditempatkan di wad pengasingan di sebuah hospital di Ipoh yang dijangkiti Covid-19 sejak 22 Mac sebelum dibenarkan pulang kerana bebas covid.
“Alhamdulilah syukor pada Allah 🤲 first of all amy nak ucapkan jutaan terima kasih jazzak Allahu khairan pada semua ahli kluarga dan sahabat2 seluruh dunia yg mendoakan kami skeluarga 🤲🤲🤲🌹berkat doa semua kami sekeluarga BEBAS COVID🤲🤲….
ya Allah tiada apa nak diungkap kan selain syukor pada Ilahi yg sudah menyembuhkan kami semua dr virus ini😭🤲kami disatukan kembali sebagai sebuah kluarga bebas covid 👨👩👧👦” – Gold Amy Edriena
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
Tahniah diucapkan buat pasangan usahawan, Asyraf Khalid dan Tya Arifin yang mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.
Menerusi Instagramnya, Tya dan suaminya bersama dua cahaya mata mengumumkan jantina anak ketiga itu menerusi sebiji kek sebagai simbolik mendedahkan jantina bayi.
Melalui video itu, Tya dan Asyraf meletakkan gelas di atas kek yang berwarna merah sebagai tanda bayi perempuan.
Keluarga kecil ini dilihat tersenyum kegembiraan dengan kehadiran cahaya mata perempuan yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira dan menitipkan ucapan tahniah.
Sekadar info, Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👨👩👦 Dikendali Oleh Astro Group
