Kasih Sejati Kakak Ipar. Sanggup Berhenti Kerja Jaga Adik Ipar.

Share

Sesungguhnya mereka bukanlah sedarah sedaging tetapi mempunyai hubungan paling dekat dengan salah seorang adik beradik kita.

Namun pesona kasih sayang mereka juga bukan calang-calang. Biarpun ipar dianggap ‘orang luar’ dalam keluarga namun kasih sayangnya tiada sempadan buat ahli keluarga pasangannya.

Begitulah kasih sejati yang ditunjukkan oleh seorang kakak ipar yang sanggup berhenti kerja demi menguruskan adik iparnya yang parah akibat kemalangan jalan raya.

Sebagaimana petikan sebuah berita ini yang meruntun jiwa mengenai kasih sayang kakak ipar yang sanggup berhenti kerja demi menguruskan adik ipar.

Raja Aniatikah Raja Ahmad Terjudin merupakan kakak ipar kepada Muhammad Hairril Ashraff Mohd Hairry, 18, yang terlantar selepas terbabit dalam kemalangan pada 28 Jun lalu.

Namun suami kepada Nia yang juga abang kepada adik iparnya turut membantu, Muhammad Hairril Asren Mohd Hairry, 25. Dalam pada itu, tanggungjawab menjaga adik kerana emak dan ayah sudah meninggal dunia. ,

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

RUTIN HARIAN

Diifahamkan selama dua minggu Muhammad Hairill Ashraf koma di wad dan tiada apa dapat dilakukannya selepas pulang dari hospital melainkan terbaring di katil, malah lehernya terpaksa ditebuk untuk pernafasan manakala minum susu pula melalui tiub pada hidung.

Nia yang mengakui tiada pengalaman menjaga ahli keluarga sakit, pada mulanya agak kekok untuk membiasakan diri.

“Sebelum ini, saya bekerja sebagai kerani namun ambil keputusan berhenti untuk bantu suami menjaga adik.

“Kini, 24 jam saya di rumah dengan adik di samping memasak dan menguruskan kerja rumah.

“Ikutkan tiada pengalaman malah apabila doktor minta sedut kahak (adik) agak terduduk juga tetapi saya cuba dan Alhamdulillah dapat lakukannya cuma tetap perlukan bantuan suami kerana tidak larat untuk uruskan sendiri.

“Rutin harian saya adalah menguruskannya termasuk memberinya minum susu formula dan setiap bulan, perlu memerlukan 14 tin susu yang setiap satunya berharga RM98.

“Menurut doktor, adik memang boleh sembuh dan tiada risiko lumpuh jadi itu beri harapan kepada saya.

“Disebabkan itu, saya ikhtiar dengan memanggil jurufisioterapi datang ke rumah selain berborak dengannya untuk bantu pulihkan ingatannya.

“Sebagai abang, saya tentunya nak dia (adik) sembuh macam dulu dan berdikari, cukup dengan boleh pergi tandas, makan serta urus diri sendiri.

 

@rajania96 Terimakasih korang mana yang tanya khabar acap harini . Harini acap happy ramai orang sayang diaa 🫶🏻 Esok kita jumpa lagi yaa .. Tq mana yg support bisnes , gift dan share ❤️ #fyp ♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays

 

BANTUAN

Dalam pada itu, Nia meluahkan rasa terkilan apabila ada netizen mengatakan dia sengaja meraih simpati atas kesusahan adik iparnya. Namun dia yang berkongsi kisah adik ipar di TikTok meluahkan rasa syukur ada yang mendoakan kesejahteraan adik iparnya.

“Selain wang simpanan, Nia bersyukur kerana mendapat bantuan keluarga dan jiran sekeliling yang prihatin dengan nasib menimpa adiknya.

“Sejak hari kejadian hingga sekarang saya tidak bekerja namun majikan ada beri gaji pada awalnya selain sumbangan duit rawatan buat adik.”

Difahamkan mereka juga sudah memohon bantuan zakat untuk adiknya dan sedang menunggu kelulusan.

Sumber: Harian Metro & TikTok

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

IKLAN