“Kayanya Ayah, Bulu Gold.” Tomok Kongsi Keterujaan Anak-Anak Lihat Jambang Warna ‘Emas’, Buat Ramai Terhibur!

Share

Anak-anak penyeri kehidupan suami isteri, walaupun karenah masing-masing boleh buat pening kepala, tetapi ia juga boleh menghilangkan segala rasa penat, duka dan masalah yang ada.

Melihatkan kebahagiaan keluarga kecil penyanyi Tomok ini membuatkan ramai yang kagum. Lebih-lebih pasangan ini memiliki anak-anak yang comel dan cerdik. Ada-ada sahaja perkongsian dari Tomok mahupun isteri yang membuatkan ramai kagum dan tak kurang yang terhibur.

Terbaru, Tomok berkongsi satu video bersama anak-anaknya. Dalam video tersebut kelihatan dua anak lelaki Tomok, iaitu Arrianshah Akid dan Andrashah Iman sedang membelek-belek jambang yang tumbuh di wajah Tomok.

Apa yang melucukan adalah, wajah mereka cukup teruja apabila menjumpai sehelai bulu jambang yang berwarna ala-ala keemasan.

Masing-masing menjerit kegembiraan kononnya si ayah kaya kerana memiliki bulu jambang berwarna gold itu.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai terhibur. Malah ada yang bergurau mengatakan selepas ini Tomok boleh jual bulu jambang emas itu.

diyanad Hahahhaha comel nyaa.. ayah kaya betullaa, ayah punya bulu goldd 🤣🤣
kakqusya Hahaha syoknya ayah kaya hahaa
c.azlina Boleh gadai seurat gold tu😂😂😂😂
parknabeeha tenang ank2 slps pkl 12 gold akan bertukar menjadi putih😂
nurulcyg87 Kaya yer ayah, adoi ank g la gadai msti dpt beli mainan😂
Untunglah ayah, Tanam emas kat muka
h_starlight Untungla ayah…tanam emas kt muka😂😂
kilatmarka Aku sampai nak tgk bulu nye yg gold jugak ehhhh….🤦🏽‍♂️🤦🏽‍♂️🤦🏽‍♂️🤦🏽‍♂️
winamansor Kayanya ayah… bulu gold 😂😂😂
ra_alif_ha_ya_mim_ha 😂😂inshaallah dgn doa dari abg dan adk ayh akn kaya btul ye..
noorismiisma lawaklah gelagat anak²😂😂😂…buah hati …anak² itu rezeki Allah yg tak ternilai,penghibur hati ayah ibu..alhamdulillah😍😍

Sumber: tomokofficial

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN