Kreatif menggunakan bahan terbuang seperti kayu pallet untuk dijadikan sebagai rak dapur mudah alih seperti ini, pasti menjimatkan kos.
Bukan itu sahaja, malah rak kayu ini nampak begitu menarik dan punya gaya tersendiri. Sekali gus mencuri tumpuan dan ingin juga dimiliki.
Jadi apa kata ikut langkah mudah yang dikongsikan ini, untuk anda buat sendiri.
Salam rakan-rakan diy
Ads
6 langkah mudah untuk buat rak dapur mudah alih pelbagai guna dari kayu pallet – mengikut cara saya. (Terpulang kepada idea masing-masing).
Ads
Ads
1. Dapatkan kayu pallet ( saya guna pine wood)
2. Potong mengikut bentuk kotak-kotak dan paku.
3. Gosok dengan kertas pasir atau mesin ke atas permukaan kayu serta varnis jika mau.
4. Buatkan tiang kiri dan kanan secara vertical.
5. Screw atau paku kotak pada tiang kiri kanan.
6. Potong dan alaskan rumput tiruan (pilihan).
Menggosok baju semua kita biasa lakukannya, namun apa yang membezakannya adalah hasilnya. Ada orang, makin digosok makin kusut pula jadinya.
Berbeza sungguh dengan orang yang mahir menggosok baju, contohnya menggosok baju kemeja hingga terlihat ‘tajam’ bahagian lengan baju, tidak ramai yang hebat melakukannya!
Bila mana melihat pada hasilnya seperti itu, terkadang timbul juga rasa cemburu. Lebih-lebih lagi pada bahagian lengan baju. Kalau kita buat, tidak terlihat pun ‘side’ yang lurus dan ‘tajam’. Puas juga dicuba berkali-kali dan akhirnya bukan satu garisan terjasil tapi dua tiga pun boleh!
Nak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan kesan iton yang sempurna?
Di sini dikongsikan langkah demi langkah menggosok lengan baju yang dikongsi oleh Wan Mohd Azhar Wm. Semoga memberi manfaat.
Menanam pokok bunga Petunia antara penjagaannya selain perlu dibaja bab siraman air juga tidak perlu beriya-iya hingga melimpah dari pasu. Cukup sekadar tanah basah sudah memadai. Pun begitu Petunia juga kuat minum air, jadi kena rajin buat siraman setiap hari. Nampak mudah bukan untuk menjaga pokok bunga nan satu ini!
Namun sekiranya anda berdepan dengan masalah di mana daun pokok petunia terlihat layu walau disiram setiap hari, itu memberi petanda ada sesuatu yang perlu diperiksa detail dan kebiasaannya terjadi disebabkan pokok terkena serangan serangga perosak yang dipanggil white fly.
Jadi bagaimana untuk atasi daripada pokok tersebut layu dan akhirnya mati begitu sahaja?
Caranya selain kita perlu menggunakan racun perosak tanaman, anda juga boleh lakukan seperti yang dikongsikan oleh Kathy Kay di Kelab Petunia Malaysia. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Assalamualaikum. Sedikit perkongsian dari saya. Saya bukan pakar. Cuma berkongsi cara yang saya gunakan. Alhamdulillah setakat ini tidak mengecewakan.
Pasti ada antara kita mengalami masalah daun layu tapi tanah masih basah dan lembab. Cek ye. Daun mungkin ada white fly. Ini jug punca daun layu kerana dihisap nutriennya.
Masalah saya rupanya dahan lecur dan buruk. Kalau tak rawat pokok akan perlahan-lahan mati kerana melarat ke akar dan jadi lecur batang dan akar. Kerana terjadi di pangkal. Saya kongsikan cara saya rawat cuba selamatkan pokok Petunia saya.
Semoga ilmu nan sedikit ini bermanfaat.
Daun layu, tanah lembab, cek rupanya busuk dahan.
Saya potong buang sebab tak nak melarat. Tapi kalau potong bawah sangat, takut pokok tak servive. Jadi saya kikiskan. Buang daun yang ganggu. Agar terdedah matahari. Saya jemur untuk luka cepat kering.
Keratan yang sihat dalamnya masih penuh. Hijau dan lembab. Sayang nak buang. Saya semai. Backup jika induk tak servive.
Untuk semaian tadi saya basahkan dan celupkan penggalak akar. Kalau tiada serbuk kayu manis pun boleh. Ini untuk jaga keratan tu tak dijangkiti dan lecur akhirnya lembuk serta terus dihat dan menghasilkan akar.
Hari ini 19/10/21. Alhamdulillah masih segar. Semoga terus hidup. Bila dah bertunas. Dan cubit 2-3 kali saya akan alih ke pasu yang lebih besar.
19/10/21
Induk pun lukanya setakat ini kering elok. Saya masih jemur. Biar betul-betul sihat dan kering.
Boleh kata mula sihat. Tunas sudah mula muncul dari dahan yang efek. Alhamdulillah.
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Demikian perumpamaan yang boleh diungkapkan pada kegigihan pasangan suami isteri ini dalam membina empayar bisnes mereka bersama. Segala-galanya bermula apabila mereka mahu mencari sumber kewangan untuk berkahwin.
Penangan kek jenama Absolut Chocolat yang diusahakan pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab mencipta sensasi dan pengaruh tersendiri. Hanya dipromosikan di Instagram selain menggunakan populariti rakan artis mempromosikannya, kek itu pantas mencuri tumpuan ramai.
Bermula dengan kek coklat, pilihan kini juga dikembangkan untuk jenis Boba Milk Tea dan Milk Lava. Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 27, mengaku pada masa itu dia tidak mampu untuk menampung semua kos perbelanjaan apatah lagi dirinya tidak begitu aktif dalam karier seni.
“Bisnes ini semuanya bermula sebab kami nak cari duit lebih untuk berkahwin (November tahun lalu). Daripada suka-suka nak cari duit tambahan, siapa sangka minat kami terus bercambah untuk lebih serius dalam dunia perniagaan. Saya sendiri tak yakin dengan perniagaan kek ini tetapi diyakinkan isteri.
“Saya ni lelaki kot takkan nak jual kek pula kan, tapi Nadiyah yakinkan dan ‘paksa’. Jadi nak tak nak saya turutkan sahaja. Dari A-Z kami lakukan sendiri termasuk editing, ambil gambar dan sebagainya. Sebab itu modal permulaan kami hanya RM50 sehinggakan ada yang tak percaya dan anggap kami tipu. Padahal duit itu kami guna untuk beli barang keperluan untuk buat video.
“Kami sama-sama membuat proses memasukkan kek ke dalam kotak. Malah kami jugalah yang melakukan penghantaran kek terus kepada pelanggan. Daripada hari pertama dapat tempahan awal hanya empat biji kek, ia bertambah hari demi hari. Dari 10 hinggalah sampai 200 biji sehari kami sediakan,” jelas Ben lagi.
Bermula dengan operasi kecil-kecilan di gerai jualan hinggalah ke tahap menyewa premis kedai dua tingkat di Cheras, Ben dan rakan kongsi yang juga isterinya, Nadiyah Shahab boleh tersenyum bangga kerana usaha mereka membuahkan hasil hingga menjadi terkenal.
“Bayangkan, dari sekadar nak cari duit kahwin, akhirnya bisnes ini membawa pada sumber pendapatan yang lumayan. Sebab itu sekarang fokus kami lebih pada bisnes berbanding lakonan,” ujar Ben Ali sambil memberitahu mempunyai 20 orang staf tetap selain yang bekerja secara part time.
13,000 kek terjual
Malah pada festival Mood Republik baru-baru ini yang berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Jalan Duta juga mencipta kejayaan serta fenomena membanggakan apabila lebih 13,000 kotak kek terjual selama tiga hari ia dianjurkan.
“Habis licin… 13,000 kotak dalam masa tiga hari memang sesuatu yang cukup mengejutkan dan pada masa sama menjadi pencapaian serta kebanggaan peribadi kami,” kata Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn Bhd, Ben Ali yang turut melancarkan minuman Teh Susu Boba di bawah cabang Absolut Brew.
Kini di bawah Absolut Brands Sdn Bhd selain mempunyai Absolut Chocolat, pihak mereka juga berkembang dengan menjalankan cabang perniagaan Absolut Brew, Absolut Event dan Absolut Management.
Teringin main mercun
Pertama kali bergelar suami isteri, pastinya raya tahun ini cukup bermakna buat pasangan ini. Akui Nadiyah, keterujaan menyambut lebaran kali ini lebih kepada ingin bermain mercun. Lucu tetapi itulah keinginan pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang bakal menyambut raya di rumah mentuanya di Perlis sebelum pulang ke Singapura.
“Sejak dulu lagi, saya memang teruja nak main mercun, tetapi di Singapura benda ini dilarang jadi memang tak ada harapan la. Sepanjang umur 28 tahun memang tak pernah dapat rasa bermain mercun. Bukan itu sahaja, saya tak sabar nak berkumpul ramai-ramai dengan saudara mara Ben dan menikmati malam raya dengan memasak bersama mereka nanti. InsyaAllah kalau tak ada aral, kami akan membuat rumah terbuka di kampung Ben nanti di Perlis.
“Soal anak kalau ikutkan kami berdua memang tak sabar dan teringin sangat. Tetapi belum ada rezeki lagi buat masa sekarang. Memang kami tidak merancang kerana mahu memiliki anak cepat,” ujar Nadiyah yang mengakui belum berkesempatan berbulan madu dan akan ke Itali tidak lama lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.