“..Kecam Saya Kata Kena Paksa Pakai Mekap, Itu Salah Ya” Anak Che Ta Jawab Isu Bersolek!

Share

Bagi yang mengikuti perkembangan Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan pasti mengetahui si kecil itu sememangnya dari dulu lagi gemar untuk tampil cantik dengan sentiasa meletakkan solekan pada wajahnya.

Dek kerana ramai yang mengecam kononnya Aaisyah dipaksa untuk mengenakan solekan, baru-baru ini tuan badan sendiri menjawab persoalan itu dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Tiktok milik ibunya yang lebih mesra dipanggil Che Ta.

Dalam video tersebut, dia mengakui bahawa dia gemar mengenakan solekan, tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak.

Aaisyah yang kini berusia lapan tahun berkata, jika ada yang berpandangan sedemikian, ia tidak benar.

“Siapa-siapa yang kecam saya, yang kata kena… dipaksa pakai mekap itu salah ya. Saya memang suka (pakai mekap)” katanya dalam video tersebut.

@rozitachewan1♬ original sound – ROZITA CHE WAN

Meninjau di ruangan komen,  ada di antara mengikut Che Ta di Tiktok menyifatkan Aaisyah sudah sedia comel meski tanpa mengenakan sebarang solekan pada wajah.

Sumber : instagram @rozitachewan1

IKLAN