Kecil-Kecil Dah Ada Skill Marketing. Peminat Terhibur Gelagat Comel Yusuf Iskandar Bisnes Gerai Aiskrim Bawah Kerusi

Share

Apabila sebut nama Yusuf Iskandar tentu ramai mengenali nama anak yang comel ini.  Gelagatnya sering mencuit hati peminatnya. Ada sahaja yang melucukan.

Yusuf Iskandar merupakan anak pertama kepada artis malaysia iaitu Hairul Azreen & Hanis Zalikha. Juga pernah menang bagi Anugerah MeleTOP Eraa 2017, bagi kategori Si Cilik MeleTOP.

Baru-baru ini, Ibunya, Hanis Zalikha telah memuat naik video gelagat anaknya itu di instagramnya membuatkan peminatnya bersemut.

Dalam video yang dimuat naik, peminat terhibur dengan gelagat Yusuf yang berlagak seakan juru jual aiskrim. Intonasi suara dan gayanya bersahaja ketika melayan ibunya sebagai pelanggannya, mencuit hati peminatnya.

 

Pandainya Yusuf buat marketing jual aiskrim pada ibunya. Dalam pada itu, para peminat melahirkan rasa kagum melihat kepetahan Yusuf dalam video berkenaan.

Melopong itew dengar awak speaking Yusof

So clever and cute

Sumber: Instagram haniszalikha

IKLAN