Bila dengar nama ular sahaja dah boleh buat orang rasa meremang bulu roma, apatah lagi bila berhadapan empat mata! Tak kisah lah yang berbisa atau tidak, mengancam keselamatan atau tidak, tetap digeruni dan khuatir akan mengancam keselamatan!
Itulah yang dihadapi oleh satu rombongan sekolah tadika ini yang alami panik apabila seekor reptilia kecil muncul dalam bas menyebabkan pemandu terpaksa hentikan kenderaan.
Menurut video tular yang dimuat naik @azuliaibrahim, binatang itu tiba-tiba berada di kerusi bahagian tengah menyebabkan semua murid dan penjaga berada di hadapan keluar dari bas. Individu tersebut yang kebetulan berada di belakang bersama anaknya terpaksa diam di tempat masing-masing untuk kurangkan pergerakan.
Ujarnya, reptilia itu dianggarkan sepanjang satu meter dan ia kelihatan seperti ular lidi yang kemungkinan datang dari tempat simpan barang bahagian atas.
Ads
Tambah Azulia, pemandu bas itu menghubungi rakannya melalui panggilan video sambil cuba halau reptilia berkenaan. Walau bagaimanapun, pemandu tersebut berasa geli lalu terus dapatkan bantuan daripada penduduk kampung sekitar dan hanya selepas 15 minit, binatang itu berjaya dikeluarkan.
Menurut penumpang bas tersebut, tiada masalah lain yang berlaku dan tidak pasti jika ular itu berbisa atau sebaliknya. Dalam perjalanan pulang, rata-rata peserta rombongan itu berasa trauma dengan kejadian berkenaan selain berharap pemeriksaan lebih kerap dilakukan dalam kenderaan terutama yang jarang digunakan.
Meninjau di ruangan komen, ada yang mengakui sekali lihat objek itu bukan seperti ular, lebih jelas seakan tali beg atau pengecas. Tambahan, rata-rata bersetuju akan merasa panik apabila berdepan dengan situasi berkenaan.
Jika dulu, ramai yang lebih gemar pergi membeli barangan dapur di pasaraya seperti Giant dan Tesco namun sejak kehadiran pasaraya 99Speedmart, ramai yang lebih suka membeli belah di sini kerana harganya berpatutan selain memudahkan masyarakat mendapatkan barangan keperluan.
99 Speedmart juga mudah didapati bukan sahaja di bandar tetapi di kawasan luar bandar.
Walau bagaimanapun, pasti ramai yang tidak tahu siapakah individu di sebalik kejayaan pasaraya ini. Malah tentu anda tidak sangka, individu tersebut merupakan seorang OKU sejak kecil lagi.
Individu yang dimaksudkan adalah Lee Thiam Wah. Dilahirkan pada tahun 1954 dan mempunyai 11 orang adik-beradik. Bapa Lee merupakan buruh pekerja binaan manakala ibunya seorang penjual makanan jalanan.
Sewaktu kecil, Lee telah diserang penyakit Poliomyelitis ketika berusia 8 bulan menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda sehingga sekarang.
Disebabkan kemiskinan, beliau hanya bersekolah setakat darjah enam kerana ibu bapanya tidak mampu membiayai persekolahannya pada masa itu.
Namun keadaan itu tidak menghalang Lee dari terus mengapai cita-citanya sebagai seorang ahli perniagaan.
Menurut laporan, walaupun tidak bersekolah, Lee selalu meminjam buku dari jiran-jirannya dan banyak menghabiskan waktu bersama neneknya. Nenek Lee merupakan individu yang banyak memberikan galakan padanya dan sering mengatakan bahawa Lee hanya caca fizikal tetapi keupayaan mental masih sempurna.
Semasa berusia 14 tahun, Lee mula menjual makanan ringan di luar rumahnya di Jalan Kampar, Klang. Semasa berusia 23 tahun, dia berjaya mengumpulkan RM17,000 dan dijadikan modal untuk buka kedai runcit pertamanya yang dinamakan Pasar Raya Hiap Hoe.
Dari perniagaannya itu, Lee banyak belajar apa yang dimahukan pelanggan dan belajar tentang pembekal dan harga. Lee juga banyak mempelajari mengenai pesaingnya secara mendalam.
Kemudian pada tahun 1992, Lee telah menjual kedai runcit berkenaan pada harga RM88,000 dan membuka sebuah pasar mini untuk mencabar dirinya dengan menjalankan perniagaan yang lebih besar.
Pada 1999, Lee telah menbuat penjenamaan semula terhadap pasar mini tersebut kepada 99Speedmart yang boleh kita lihat kini selalu berada di kawasan-kawasan sekitar kita.
Pada awal perniagaan, dia mensasarkan jualan kepada pelanggan yang berpendapatan rendah. Oleh sebab itu, Lee terpaksa mengorbankan margin pada sesetengah produk untuk dijual pada harga rendah berbanding pasaran untuk membina reputasi perniagaannya.
Ibu pejabat pertama kedai ini dibina pada Oktober 2002. Gudang berkeluasan 80,000 kaki persegi itu merupakan bangunan yang serba lengkap dengan perkhidmatan susun berpusat, penyimpanan dan pergudangan.
Pada Julai 2008, pusat pengedaran kedua telah siap dibina.
Ia diwujudkan untuk membolehkan rantaian itu terus menawarkan barangan dan perkhidmatan baharu dan canggih sambil mengembangkan rangkaian pasaran kecil di seluruh negara.
Sejak itu, mereka telah membuka sehingga 10 pusat pengedaran. 99 Speedmart juga menerima Anugerah Pilihan Pengguna dari tahun 2006 hingga 2009 dan pada tahun 2012.
Pencapaian ini membuktikan bahawa strategi pemasaran 99 Speedmart yang hampir dan menjimatkan berfungsi.
Sehingga November 2021, 99 pasar mini Speedmart telah membuka lebih daripada 2,000 cawangan di seluruh Malaysia dan beliau telah digelar The King Of Mini Market.
Lee juga berjaya mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa dengan pembukaan 99 Speedmart pertama di Singapura di 110 Sims Avenue pada tahun 2019.
Baru–baru ini, Lee muncul sebagai pemegang saham utama dalam Alliance Bank Malaysia Bhd, dengan 5.076 peratus kepentingan.
Lee merupakan pemegang saham ketiga terbesar Alliance Bank selepas Vertical Theme Sdn Bhd sebanyak 29.06 peratus dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 10.5 peratus.
Lee adalah contoh yang baik tentang bagaimana anda tidak boleh membiarkan kecacatan fizikal anda berdiri dalam cara mencapai impian anda.
Kecantikan bunga matahari yang mekar berkembang dikatakan bunga ini punya aura positifnya yang tersendiri.
Bahkan bagi peminat setia bunga matahari, pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri bunga ini berkembang mekar di laman rumah.
Jadi buat anda yang pertama kali ingin mencuba menanam pokok bunga matahari, di sini dikongsikan langkah demi langkahnya dan semoga bermanfaat.
Cara tanam :
Langkah 1 :
Dapatkan biji benih bunga matahari . Pilih lah benih yang di jual bermutu tinggi yang siap di gaul racun kulat. Jika anda dapat dari kawan pastikan benih dijemur kering.Tujuannya ialah untuk membunuh kulat dan bakteria yang ada pada biji bunga matahari.
Langkah 2 :
Untuk penyemaian pula, memerlukan tanah sebagai media tanaman. Pilih tanah yang gembur dan sebaik-baiknya yang telah dicampur dengan baja kompos. Seperti tanah organik. Siram tanah sebelum semai.
Benih boleh di semai terus dalam pasu, polybeg,bekas . Untuk lebih mudah dikendalikan. Semai benih dalam tray semaian atau bekas. Tekan benih yg hujung tajam nya menghadap ke bawah. Tekan sehingga benih tengelam.
Langkah 3 :
Setelah anak benih tumbuh setinggi sekitar 4cm hingga 6cm dengan 6 helai daun, barulah dipindahkan ke dalam pasu besar yang mengandungi tanah gembur tadi atau boleh juga ditanam terus ka atas tanah. TIP PENTING. Pastikan tanah yang digunakan betul2 subur dan pokok di baja 2kali sebulan supaya bunga terbentuk sempurna dengan kelopak penuh dan tidak jarang2.
Jika ditanam di atas batas,jarakkan satu anak benih dengan anak benih yang lain.Tujuannya supaya anak-anak pokok tersebut mempunyai ruang yang cukup untuk tumbuh dengan subur.
Langkah 4 :
Selepas alih anak pokok ke dalam pasu. Letak tempat redup sementara waktu untuk pokok pulih dari kejutan semasa dipindahkan. Selepas itu letak anak pokok di bawah sinaran matahari. Baja 2minggu sekali. Siram 2kali sehari pagi dan petang.
Langkah 5:
Kawalan perosak. Belalang ,beluncas dan siput merupakan musuh utama pokok bunga matahari. Jika ada serangan. Boleh guna racun brogard untuk atasi serangan belalang dan beluncas. Guna racun sipu jika ada serangan.
Langkah 6:
Bunga matahari biasanya berbunga ketika sudah mencapai usia lebih kurang dua bulan.Benih yang kami jual 50hari sudah mula berbunga. BESARNYA CIPTAAN ALLAH semua pokok bunga matahari akan menghadap ke arah sumber cahaya matahari pagi ketika berbunga.
Selepas kira-kira 3 bulan pula, biasanya tunas cabang bunga baru mulai tumbuh pada pokok.
Langkah 7 :
Selepas bunga menjadi kering. Boleh lah cantas dan asingkan benih dari bunganya. Beratus benih baru sedia untuk di simpan dan di tanam. Pastikan benih di keringkan sebelum di simpan.
Keluar bersama keluarga dan anak-anak itu merupakan antara detik yang cukup menggembirakan malah menjadi aktiviti yang mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Lazimnya melakukan riadah bersama-sama orang tersayang pada waktu yang terluang terdapat banyak perkara boleh kita lakukan. Selain pergi ke taman rekreasi, pergi ke pusat membeli belah untuk ‘cuci mata’ dan sebagainya, anda juga boleh lakukan seperti keluarga Diana Amir ini, bermian ice skating.
Aktiviti ini telah mencuri tumpuan wargamaya apabila Diana Amir selepas tampil berniqab pada awal tahun lalu, pelakon dan pengacara ini telah memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya bermian ice skating sambil ditemani suami dan tiga cahaya matanya iaitu Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra, dan Muhammad Khalid Al Habib.
Rakaman yang dimuat naik di laman IG milik Diana itu mendapat perhatian ramai apabila di dalam rakaman tersebut Diana dilihat turut beriadah meluncur ais bersama anak-anaknya.
Apa yang lebih mencuri perhatian umum, apabila Diana yang mengenakan pakaian jubah hitam dan berniqab begitu asyik meluncur ais.
Biarpun bejubah dan berniqab, Diana mengakui itu kali pertama dia meluncur ais dengan berpakaian begitu. Diana turut mengakui pandangannya jauh lebih jelas walaupun wajahnya berniqab.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan dan antaranya adalah seperti :
“masyaAllah kak…dh macam Elsa versi Muslimah sy tgk…wlpn tutup likup tp nmpk sgt indah di mata ❤️ flowy kain tu main peranan 😆😆”
“Eee best nya main ice skating,, kita ni main xpandai asik jatuh gedebuk je.. hahahha”
“terornyaaa, proud muslimah❤️🙌😍”
“Diana amir saya cemburu dengan awak.. Tengok keazaman awak, istiqomah awk menjadi hambar Allah yang taat saya saya cemburu dan kagumi.. Mudahan saya juga Allah bantu beri keazaman serta istiqomah yang sama”
Sumber : Ig Diana Amir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Batuk berpanjangan bukan sekadar masalah biasa. Kenali tanda awal penyakit Tibi, cara jangkitan merebak dan kepentingan saringan awal demi melindungi keluarga.