“Kedua Belah Matanya Cengkung, Dehydrated Teruk.” Makan Masakan Tak Di Masak Sempurna, Dr Ini Dedah Kes Kecemasan Yang Boleh Ragut Nyawa.

Share

Jangan buat main bila lihat dapati makanan tidak dimasak dengan sempurna. Begitulah yang terjadi kepada seorang ibu apabila anaknya mengalami cirit birit yang teruk sehingga dimasukkan ke wad kecemasan akibat makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Kejadian ini didedahkan oleh seorang Doktor Ahmad Luqman Bukhari menerusi twitter miliknya. Beliau juga turut menasihati ibu bapa memastikan makanan yang dimakan dimasak sempurna.

Ikuti lanjut perkongsian beliau

______________________________

MAKAN AYAM YANG MASIH ADA KESAN DARAH 

 

 

MAKANAN YANG TIDAK DIMASAK SEMPURNA KUMAN MUDAH MEREBAK 

Menurut Dr Ahmad, kejadian kes keracunan banyak terjadi dikalangan kanak-kanak. Salah satu puncanya adalah makanan yang berasaskan ayam.

Beliau juga melahirkan rasa bimbang jika anak yang masih kecil makan makanan sebegitu. Malah katanya lagi, keracunan yang serius boleh mengakibatkan kematian apabila kuman merebak memasuki saluran pendarahan.

 

ALERT TANDA-TANDA AYAM TAK MASAK. 

Dr Ahamd juga berkongsi cara mengenali tanda-tanda yang tidak di masak dengan sempura. Beliau juga berharap kejadian sebegini tidak lagi dan berharap berhati-hati membeli makanan terutama bulan puasa yang menjelang tidak lama lagi.

Semoga ibu bapa ambil peduli hal ini untuk mengelak daripada kejadian ini berlaku kepada anak kita sendiri. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Belian menarik di sini

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sumber: Twitter Doktor Ahmad Luqman Bukhari

 

IKLAN