Manisnya sebuah perkahwinan itu, apabila pasangan suami isteri itu saling bertolak ansur dalam semua segi kehidupan. Jangan bersikap seperti masih bujang dan mengamalkan lagi gaya hidup bujang. Kena move on ye!

Yang pasti, kehidupan selepas nikah tak sama semasa bercinta dulu. Jika masih lagi dengan ego yang tinggi, ada wujud perselisihan faham, seterusnya akan menjadi pencetus kepada perpisahan. Hanya dengan perbuatan yang remeh, ia menjadi alasan untuk menjadi faktor kepada perpisahan.

Begitulah yang diutarakan oleh seorang suami ini di laman facebooknya mengenai hal ini,Mohd Fhais. Moga menjadi manfaat bersama untuk membina keluarga bahagia dan penuh inspirasi.

___________________________________________________________________

Isteri Tak Pernah Berubah Cuma Keadaan Yang Dah Tak Sama

Kehidupan Selepas Nikah Tak Sama Masa Bercinta. Suami Isteri Kena Move On Gaya Hidup Bujang Barulah Sweet Rumahtangga!

Ada terbaca satu artikel di harian metro versi online yang bertarikh 5 jun 2018 mengatakan sepasang suami isteri bercerai gara-gara isteri tertinggal barang di pasar.

Nampak punca bercerai tu remeh sangat tapi ini BENAR BENAR BERLAKU.

IKLAN

Tak mustahil berlaku kalau setiap pasangan tu masih lagi di buai mimpi indah zaman sebelum bernikah. Selepas berkahwin keadaan tak akan sama macam masa bercinta, kena ‘move on’ dengan gaya hidup bujang.

Dulu lain sekarang lain ;

1 – Gaduh masa bercinta boleh lagi kita nak marah, tengking, wasap bahasa kesat, lepas tu ok balik sebabnya hati masih kental belum ada ikatan tapi lepas berkahwin tak boleh. Lepas kahwin hati jadi extra sensitif, silap terlepas cakap sikit walaupun typo wasap, mudah terasa, mudah kecil hati.

Biar kita selekeh pakaian jangan selekeh bahasa dengan pasangan.

IKLAN

2 – Benda seperti ini yang akan jadi ‘bom masa’ dalam rumahtangga. Tunggu ada pencetus kecil apa pun dah boleh buat ia meletup sehingga cerai berai. Perkara remeh boleh jadi besar kalau tak ambil serius. Jangan buat endah tak endah bila nampak ‘Something Wrong’ dengan pasangan ya.

3 – Kita tak boleh harap pasangan untuk layan kita masih sama seperti dulu. Masih lagi nak makan berhidang depan mata sedangkan isteri kita nak menguruskan 2 lagi mulut yang nak makan. Selalunya isterilah orang terakhir yang menjamah makanan. Perut dah lapar, hati pula sakit. Tahan jer lah..

4 – Anak masih kecil lagi, jadi cubalah bertimbang rasa. Tolong hidangkan makanan yang isteri dah masak pun dah memadai. Kalau dapat suapkan isteri makan lagi bagus, bukan sahaja isteri bertambah sayang malah pahala pun dapat.

5 – Masa mula kahwin bolehlah isteri jadi dayang melayan kita macam raja, sikit-sikit abg nak apa, abg nak itu, abg nak ini tapi lama kelamaan isteri boleh lelah sebab dah bertambah anak raja 2-3 orang tapi dayang kerja sorang-sorang. Dayang boleh jadi Mak Singa macam ni !

IKLAN

6 – Kalau nak jadi raja boleh tapi jadilah raja yang bertimbang rasa. Ringankan tugas isteri, bawa dobi baju ke, upah orang kemas rumah ke ataupun cukup jangan tambah sepahkan rumah. Inilah ciri-ciri raja yang disayangi rakyat..

7 – Dah kahwin 10 tahun tapi perangai masih sama macam mula-mula kahwin dulu. Kalau anak kita 10 tahun ni dah masuk darjah 3 dah pandai berlari, membaca, mengira. Tak akan kita yang dewasa ni dah 10 tahun kahwin masih tak pandai-pandai nak baca keadaan isteri. Hati keras macam batu ok, tapi jangan jadi kayu macam tunggul kat rumah.

Kita tak boleh ubah keadaan atau ubah orang lain tapi kita boleh ubah diri sendiri.

Kalau kita tak berubah ikut keadaan, satu hari nanti keadaan yang akan memaksa kita berubah !

Mohd Fhais
Berubahlah demi anak, isteri & keluarga !

p/s : Tolong sampaikan pada orang lain ya supaya sama-sama dapat manfaatnya.

p/s : Dapatkan banyak ilmu & tips rumahtangga di telegram saya. Klik sini -> t.me/CoretanFhais

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI