Kehidupan berumah tangga adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Peluang meletakkan diri dalam kehidupan ini adalah perkongsian paling bermakna untuk kedua-duanya apa lagi bagi seorang wanita. Di sayangi dan dicintai seorang yang bergelar suami pastinya memberikan seribu makna dalam kehidupan hakiki. Apa lagi jika memperolehi kehidupan rumah tangga yang sakinah?

Bagaimana memperoleh kehidupan sakinah yang dimaksudkan ini? Kaut ilmu sebanyak mungkin dan lengkapkan ilmu di dada agar mengukuhkan lagi kehidupan berumah tangga anda.

Kehidupan rumah tangga yang bahagia, sejahtera, tenteram, aman dan tenang inilah yang dinamakan rumah tangga sakinah. Kebahagiaan yang dikecap ini dibangunkan atas rasa cinta dan kasih sayang daripada keduanya yang saling memberi dan menerima. Tanpa ‘rasa’ ini, hakikatnya hubungan suami isteri pasti terasa hambar. Tips di bawah perlu anda ketahui bagi mencari erti sakinah yang sebenar.

Kejar Bahagia Dan Rumah Tangga Sakinah, Pahala Menanti!

Sentiasa Dalam Redha Allah

Perkara paling asas adalah mencari redha Allah S.W.T. Mencari keredhaan Allah ini haruslah berlandaskan ke jalan Allah. Set kan minda anda agar hubungan suami isteri anda diulit dengan penerapan nilai-nilai agama dan meninggalkan apa jua larangan yang sudah termaktub. Mengingatkan sesama pasangan akan sesuatu yang dilakukan kepada jalan Allah atau misalnya mengingatkan solat lima waktu menjadi keutamaan dalam perhubungan walaupun hanya sekadar pesanan mesej ringkas daripada anda untuk suami. Ingatkan bahawa apa yang anda lakukan, pastinya kerana Allah. Sentiasa jadikan Allah sebagai permulaan hari anda berdua.

Pupuk Rasa Cinta

IKLAN

Kehidupan yang sakinah adalah suatu kehidupan yang dilandasi ‘mawaddah warohmah’ iaitu rasa cinta dan kasih sayang daripada Allah. Sentiasalah memupuk rasa kasih dan cinta ini pada pasangan anda. Bagaimana? Ungkapan bermakna seperti ‘saya cinta awak’, ‘saya sayang awak’ dan ‘rindu’ adalah perkataan keramat yang sentiasa anda perlu zahirkan. Jangan malu untuk mengungkapnya. Mesej-mesej cinta perlu anda lakukan saban hari supaya hati sentiasa berbunga. Panggilan manja seperti ‘sayang’ juga membantu buat anda rasa lebih disayangi.

Tenang Dengan Zikir

Tidak hanya berusaha memupuk rasa cinta dan sayang, anda sendiri harus mencari ketenangan kendiri dahulu. Berzikir dan menimba ilmu agama adalah kunci ketenangan diri. Ajak suami untuk berzikir bersama anda kala sedang memandu atau dalam apa jua yang anda lakukan. Sesekali ajakan ke masjid mendengar tazkirah bersama suami nyata buat hubungan lebih akrab daripada biasa. Anda juga punya lebih masa bersama.

Kejar Bahagia Dan Rumah Tangga Sakinah, Pahala Menanti!

Usaha Mencari Kegembiraan

IKLAN

Kegembiraan tidak datang sendiri jika bukan anda yang mencoraknya. Berusaha untuk bercuti bersama sahaja tanpa ditemani si kecil. Lokasi bulan madu anda selepas berkahwin adalah tempat paling disyorkan untuk mengimbau detik bersama. Cari ketenangan anda di sini dan ulit kisah cinta anda berdua. Tenang dan gembira, itulah kunci kebahagiaan.

Elakkan Pergaduhan

Rumah tangga yang aman damai adalah kehidupan sakinah yang anda cari. Bukan rumah tangga namanya jika bukan dilanda badai. Pun begitu usah biarkan ombak dan badai berpanjangan. Beri masa beberapa detik untuk anda mencari jalan kemudian berbaiklah semula dengan pasangan. Cuba fikirkan masa gembira anda bersamanya. Manis bukan? Redakan kemarahan dengan membeli belah atau menjamah beberapa biji kuih-muih untuk hormon anda berjalan dengan baik. Kemudian hantarlah mesej pesanan ringkas tanda kemaafan anda. Biar ringkas ia sudah memadai.

Saling Bantu Membantu

IKLAN

Ikatan yang dibina tidak hanya kukuh jika daripada sebelah pihak sahaja. Elakkan timbulnya perkara berbangkit dan sikap lepas tangan dalam hubungan. Saling bantu membantu dalam apa jua perkara antara elemen paling penting membentuk kesejahteraan rumah tangga. Ambil masa untuk membantu isteri menguruskan anak-anak atau mempersiapkan urusan rumah tangga. Begitu juga dengan isteri yang membantu jika suami dilanda masalah tempat kerja. Manis bukan.

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI