Kejutan Raya Untuk Mertua. Menantu Ni Ubah Rumah Kampung Yang Nampak Biasa Jadi Macam Banglo!

Share

Memberi makna lebih berganda pada raya tahun ini buat keluarga mertua, mendatangkan idea kepada seorang menantu ini yang juga dikenali sebagai Puan Rashidah Abdul Razak untuk melakukan transformasi pada rumah pusaka yang berusia 50 tahun untuk nampak baharu seperti banglo.

Jadi jom ikuti perkongsiannya bersama kami, semoga turut memberi inspirasi buat keluarga di luar sana untuk turut sama berbakti memperindahkan lagi kediaman ibu ayah di kampung.

Ini adalah merupakan hadiah untuk mertua saya..Pada awalnya tiada siapa pun nak merancang untuk mengubah suai rumah ni..melainkan idea saya sendiri memandangkan saya juga adalah seorang interior designer.

Kiranya nak buat suprise untuk mertua..tapi saya buat pakatan dengan ipar-ipar saya untuk membantu saya dalam proses makeover. Jadi mereka ada juga membantu saya untuk hantar orang mengecat, ada yang donate wang untuk kos makeover dan bakinya saya tampung keseluruhannya. 

Konsep Moden Klasik 

Saya mengekalkan perabot-perabot lama dalam rumah mertua kerana itu adalah pemberian anak-anak mertua sebelum ini..jadi saya mengeluarkan idea bagaimana ingin menerapkan idea transformasi tapi mengekalkan perabot-perabot lama.

sebelum
selepas

Perubahan ruang

Manakala ini pula dahulunya adalah ruang dining..tapi saya ubah dining ke dapur dan jadikan sebagai ruangan santai dan ruangan untuk tetamu solat.

Dahulu
Kini

Gembira & Terharu

Usia rumah ini hampir 50 tahun tapi setalah diubah suai nyata nampak berbeza sekali. Perasaan ibu bapa mertua saya selepas selepas transformasi adalah mereka sangat teruja dan terharu..bagaimana sebuah rumah kampung yang sangat tipical berubah menjadi kediaman seolah-olah rumah banglo mewah pada mereka..bersyukur sekali mereka sangat menyukainya..apa yang sangat kami semua harapkan adalah kebahagian ibubapa dan kegembiraan mereka.

Adik beradik ipar duai semua teruja dan rasa happy..rasa kesepakatan dalam makeover..sebab semua turun membantu..sama-sama hulurkan tenaga menyiapkan transformasi. Pada saya raya kali ni sangat bermakna..sebab mertua happy sangat-sangat bila nampak anak-anak menantu datang tolong menolong dalam memeriahkan makeover.

Tiada renovation dalam project transformasi ini..hanya gabungan idea modern classic yang saya terapkan dalam kediaman kampung ni..selesa mata menmandang tidak terlalu sarat.

Light turquoise kegemaran mertua

Saya memilih warna dinding semua putih dan mamasukkan warna langsir yang lembut iaitu light turquoise kegemaran mertua..dekorasi pula saya terapkan tidak terlalu sarat..dan hiasan-hiasan orchid saya gubah sendiri  menghiasi setiap ruangan-ruangan rumah.

sumber : Rashidah Abdul Razak 

IKLAN