Menyediakan kek dengan mempunyai rasa, bentuk dan warna yang menarik menjadi antara ciri-ciri utama membuatkan anak-anak suka menjamah kek.

Namun bagi ibu yang menyediakan menu kek, merasakan alangkah seronoknya memasak kek jika teknik memasaknya mudah dan ringkas.

Barulah rajin jadinya untuk selalu menyediakan hidangan kek buat seisi keluarga.

Di sini, melalui perkongsian Eny Yusnizar ada diberikan resipi mudah buat kek dengan menggunakan 6 bahan, boleh dimasak cara bakar ataupun kukus. Elok sangat dicuba!


Kek Mudah 6 Bahan Je Boleh Kukus dan Bakar

Bahan :

1 cawan tepung naik sendiri (ayak)
3 biji telur
1 cawan gula castor (kekny guna 1/ 2 cawan nak kurangkan manis)
1 sudu besar ovallete
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna

IKLAN

Cara

1. Dalam mangkuk pemutar, Masukkan telur, gula, ovallete dan esen vanilla, pukul sehingga putih dan ringan serta pekat

2. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil putar.

3. Bahagikan adunan dan campur pewarna.

IKLAN

4. Masukkan dalam acuan size 7 inci. Boleh kukus atau di bakar selama 25 ke 35 minit ikut saiz acuan. Kalau bakar suhu oven 170C. Saya bakar je.

Kek Guna 6 Bahan,  Di Masak Cara Kukus Atau Bakar.  Menarik Ibu Cuba!

Tips kukus kek atau apam dengan cantik, tak kemek dan kedut.

IKLAN

1. Pastikan balut penutup periuk kukus dengan kain bersih atau balut permukaan acuan dengan aluminium foil agar air kukus tak timpa kek.

2. Guna acuan yang sesuai bukan bekas plastik bekas isi makanan atau bekas ais krim. Ini akan sebabkan kek tu kecut ketepi dan mendap. Sebaiknya guna acuan kek besi tu, acuanya cepat panas, kek naik gebu.

3. Air kukus perlu cukup penuh ye bukan paras bawah je baru haba kukus tu cukup panas nak gebukan kek atau apam. Tapi jangan penuh sangat sampai melimpah atau meruah.

3. Kek juga perlu dimasukkan apabila air kukus mendidih sepenuhnya. Jangan masuk awal semasa air tak mendidih. Ini akan menyebabkan kek atau apam menjadi bantat. Lepas masuk jangan buka langsung periuk kukus sehingga mencapai 25 minit barulah dibuka dan cek kek dah masak ke belum.

Selamat mencuba ye..

Credit : Eny Yusnizar Abdullah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI