Kek Kukus Guna Biskut Chipsmore, Paling Mudah Nak Buat & Rasa Memang Sedap!

Share

Teringin hendak masak kek tapi tiada ketuhar? Jadi apa kata kita sediakan kek kukus yang sangan ringkas penyediaanya ini. Bahan-bahan yang digunakan juga unik, malah jangan tak percaya, resipi kek ini tidak menggunakan  telur mahu pun tepung. Cukup sekadar menggunakan 2 bahan utama sahaja.

Nak tahu detail, jom semak perkongsian daripada Puan Norashikin Ibrahim ini.


Kek mudah, senang dan cepat siap. Guna biskut chipsmore lebih moist.

Bahan-bahan: 


1 peket besar biskut chipsmore
200ml susu dutch lady perisa coklat

Cara penyediaan : 
1. Patah-patahkan biskut dan kemudian campur sekali dengan susu.

2. Blend hingga sebati.


3. Masuk dalam acua, kemudian kukus selama 30 minit.

4. Hiaskan dengan coklat cair dan coklat urai di atasnya. Sedia untuk dimakan.

 

kredit : Norashikin Ibrahim VIA MAHN

IKLAN