Kek Marjerin Lemak Manis Versi ‘Azlina Ina’, Simple Je Tapi Gebu & Sedap. Ikut Resipi Ni Memang Confirm Menjadi!

Share

Siapa yang tak kenal dengan Azlina Ina kan, pakar masakan yang cukup popular di media sosial. Setiap kali memuat naik resipi pasti menjadi ikutan dan tak pernah menghampakan.

Justeru, admin kongsikan resipi yang paling simple tapi sedap buat ibu-ibu cuba. Resipi air tangan dari Azlina Ina Fans

mudah je. Guna sukatan cawan je. Jom cuba!
Salam anak2 manis.Ramai x anak2 mak yg manis2 ni mai like tgk Sapa sini suka kek majerin nak buat kek majerin jd lg sedap? try resepi ni mmg compem sedap sgt3

Kek Majerin Lemak manis
Bahan-bahan:
350g majerin pelangi
1 cawan gula halus dalam 200g
1/2 kotak kecil santan mns
esen vanila sedikit
1/4 cawan /4 sb susu pekat( kalau suke manis tambah lg pn xpe)
5 biji telur
ayak kan
4 sb creamer serbuk(99 pn ade jual)
300g tepung gandum
1sk baking powder

Cara membuat:
Majrerin +gula+susu pekat+esen vanila
Mix sampai jadi cream putih
Masukkan telur satu2 sampai habis.
Tambah santan berselang dgn tepung sampai habis.
Ok siap
Lapik loyang dgn baking paper
Tuang adunan dan bakar suhu 180 masa 45-50 mnt
Keluarkan dari loyang atas redai
Boleh potong dan makan

IKLAN