“Kekuatan Sebuah Rumah Tangga Itu Sebenarnya Anak-Anak & Sifat Murni Seorang Isteri.” Pesanan Bonda Rozita Buat Anak & Menantu.

Share

Sering kali kita mendengar kisah mentua dan menantu tak sehaluan. Lebih-lebih lagi mentua dengan menantu perempuan. Seolah-olah ada jurang yang memisahkan mereka.

Namun berbeza dengan wanita ini. Beliau cukup bertuah kerana memiliki ibu dan mentua yang cukup prihatin dan selalu berkongsi pelbagai petua rumah tangga. Itulah dia Datin Seri Shahida Mohd Rashid yang juga isteri kesayangan Dato’ Seri Aliff Syukri.

Menerusi catatannya baru-baru ini, Bonda Rozita ada berkongsi tip untuk menantu dan juga anak perempuan kesayangannya itu.

2 wanita ini meskipun muda tetapi sangat matang dan mendengar nasihat saya.. selalu saya pesan pada mereka bedua..( gambar lama ni)
.
“bila kita jadi isteri orang..Pertama sekali ilmu kena banyak.. sabar.. jaga anak elok-elok.. jaga suami elok2.. walaupun ditahap mana pun pangkat suami kita.. ingat.. tangan tu kena turun ke dapur masak untuk suami dan urus suami supaya dia rasa kita sangat menjaga dirinya.. apa pun kedudukan kita.. kita kena support suami supaya suami itu merasa kita ni sahabatnya yang paling baik.. yang paling rapat..”


.
Utk mencari cinta suami sebenarnya jaga lah anak2nya kerana sifat lelaki ialah terlalu kasih pada anak2nya.. dan kekuatan sebuah rumah tangga itu sebenarnya anak2 dn sifat murni seorang isteri.. saya pesan lagi kepada ke 2 anak perempuan ini..
.
“Secantik mana rupa kamu.. sebenarnya jangan sekali2 kamu jatuhkan maruah kamu dengan mengejar populariti mendahului kebijaksanaan.. kerana wajah yang cantik tak memberikan makna sekiranya kamu tak bijaksana.. kita ada kelemahan.. suami kita pun ada kelemahan..”
.
Bagaimana ingin mencari titik permulaan untuk mencari titik permulaan ialah balik kepada ugama.. pelajari ugama.. didik keluarga kita kepada ugama.. hormatilah ibu mertua kamu kerana kamu patut bersyukur dapat suami yang baik.. dan ibu mertua kamu telah mendidik anak lelaki dengan baik.. dan akhirnya kamu berbahagia dengan lelaki yang bernama suami kamu serta ketua kepada keluarga yang sedang kamu bina..

Dalam pada itu, Bonda rozita turut menasihati anak-anaknya supaya terus tabah dan kuat semangat. Ujar Bonda Rozita lagi, jangan sekali ragu kepada Allah.. serahkan semua urusan kepada Allah.. selagi  ada Allah, maka selesailah semua urusan kita.

Mak nak ceramah kejap lagi dengan aman ..Mak risau Kri dengan Yati ..jangan sedih dan down lagi ..Semangat tu penting dan terus2 jangan jemu cari taufik hidayah Allah ..Allah sayang kita Dia nak bagi kita teguran dalam ujian

mudahan kita lebih faham islam dan siraturahmi ..bertaubat dan betulkan salah silap agar sama2 ke shurga jumpa kat sana ( seronok makan kat dapur semalam kat umah kri )

3 insan kekasih dan kawan saya gaduh ..kawan ketawa..mematangkan kami semua ..Sayang Mak saya juga yang dah tua hampir 70 tahun..Saya nak puaskan hidup Mak saya ..Saya  tak nak mak tua dan saya nak mak hapayp dan tetap cantik nenek kamu ber2

Yati Kri permata mak dari zaman susah yang hidupkan jiwa Mak untuk kuat berkerja dari muda supaya kalian tak daif macam Mak..Tahniah anak arwah Azman jadi anak yang hebat duniawi dan ukhrawi

Tazkirah pendek Mak pagi ni

Hati siapa yang yakin pada Allah.. Allah akan pegang hatinya dan bila Allah mengenggam hati hambanya itu.. hati itu tak  akan lagi kecewa.. Allah pasti akan bagi YAHDI QOLBAH.. jika kita percaya pada Allah kita akan redho dengan apa yang Allah dah tentukan.. kita cuma percaya sahaja..

Apa pun yang Allah tentukan.. kita ikutkan sahaja.. apa pun kehendak Allah kita terima dengan hati terbuka.. ingatlah di setiap pemberian Allah akan ada kebaikan.. walaupun apa yang Allah beri itu kita tak suka.. belajar lah terima kehendak Allah..

Sumber: IG bondarozitaibrahim

 

IKLAN