“Keluarga Pelengkap Ke Syurga, Bina Perkahwinan Dengan Kasih Sayang. Ingat Kalau Ada Hati Nak Tinggalkan, Fikir Saat Mahu Milikinya Dulu.”- Pu Amin

Share

Semalam tular satu kisah penceraian seorang pendakwah selebriti, PU Abu di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang menzahirkan rasa simpati kepada bekas isteri pendakwah tersebut. Tak kurang yang melahirkan rasa marah kepada pendakwah selebriti tersebut atas tindakannya.

Dalam pada itu, rakan seangkatan PU Abu ketika bersama-sama dalam program Pencetus Ummah, PU Amin telah menitipkan suatu nasihat ringkas di laman Facebooknya.


Saya sangat takut bila mendengar cerita tentang keretakan rumah tangga . Tiap kali ada cerita yang tak sedap didengar tentang rumah tangga , saya cepat cepat peluk anak isteri saya . Tanda syukur Allah anugerahkan mereka untuk saya.

Kerana bagi saya kelurga adalah pelengkap ke SYURGA . Jodoh dan pertemuan adalah hadiah dari Allah . Allah pilih jodoh dan ahli keluarga kita .

Anak anak yang menjadi zuriat kita adalah anugerah yang paling istimewa . Rezeki bertambah kerana nya . Anak anak pelengkap dunia akhirat .

Saya doakan anda semua bertemu jodoh yang mendamaikan hati dan terus memimpin tangan anda ke SYURGA . Keluarga ini kerajaan kecil yang wajib dipertahankan , pasti ada musuh , pasti ada ujian , pasti ada pasang surut ombak membadai .

Tiap kali ujian hadir ucapkan kalimah kalimah yang menyeru Allah . Kita semua bukan sempurna tapi kita wajib mencari kesempurnaan . Bina perkahwinan kita dengan kasih sayang Allah .

Ingat kalau ada hati nak meninggalkan nya , fikir dan ingat saat saat anda mahu memilikinya .

Ujian kita beza beza . 

Allah sedang mencatur hidup ini dengan apa yang kita sangka kan .

Ya Allah ! Peliharalah Kami .

Sumber: PU Amin

IKLAN