Amalan rumah terbuka Aidilfitri sudah menjadi tradisi untuk sambutan perayaan di negara ini. Menyedari akan kepentingan amalan rumah terbuka atau sinonim dengan panggilan open house, Majalah Keluarga meraikannya dengan suasana meriah pada tanggal 22 Jun 2019 menerusi program #Keluargagader dengan penaja bersama Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia). Majlis yang diadakan di Bizmilla Garden Hall One City, Subang Jaya, Selangor mengalu-alukan kehadiran Timbalan Yang Dipertua Kasih Malaysia, Datin Seri Shamsidar Taharin.
Karnival UDA 2024 akan berlangsung selama tiga hari dari 27 hingga 29 September
2024, di Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Dianjurkan oleh UDA Holdings Berhad (UDA), acara ini bertujuan untuk memperkasakan pemilikan hartanah Bumiputera serta memperkenalkan peluang perniagaan kepada usahawan tempatan.
Karnival ini mensasarkan kehadiran sehingga 150,000 pengunjung sepanjang tempoh tiga hari tersebut, dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk menarik minat masyarakat pelbagai lapisan.
Siapa Tahu Ada Rezeki, Boleh Beli Aset Berharga!
UDA menampilkan dua pengisian utama iaitu pameran hartanah dan reruai jualan
usahawan yang mempamerkan pelbagai produk tempatan. Pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai tawaran hartanah istimewa termasuk kempen Jimat Super Deals, yang menawarkan penjimatan hebat kepada pembeli dengan pelbagai insentif menarik seperti guaman percuma untuk S&P dan bayaran pendahuluan rendah.
Wow! Ada Proton S70 Untuk Dimenangi
Untuk memeriahkan lagi karnival, Proton S70 disediakan sebagai hadiah cabutan
bertuah khusus kepada pembeli hartanah UDA yang layak sepanjang kempen berlangsung. Selain pameran, pelbagai aktiviti turut diadakan, termasuk Fiesta Bakat yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN), seperti pertandingan bola sepak, bola jaring dan memanah.
Selain itu, zon-zon khas seperti Zon Keluarga, Zon Makan Fest, Zon Wanita dan Zon Maskulin menyediakan pelbagai aktiviti dan sesuai untuk semua peringkat umur. Usahawan tempatan daripada pelbagai bidang seperti fesyen dan kecantikan turut serta memeriahkan karnival ini.
Banyak Makanan Sedap, Puas Hati!
Pengunjung juga berpeluang menikmati hidangan pelbagai usahawan makanan, dengan
menawarkan pengalaman unik dalam merasai kepelbagaian masakan tempatan.
Dengan penglibatan pelbagai rakan strategik dan selebriti, Karnival UDA 2024 menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan, selain memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan dunia hartanah dan keusahawanan.
Acara ini bukan sahaja mendekatkan UDA dengan komuniti, tetapi juga mengeratkan hubungan antara pengunjung melalui pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan.
Save the date! Ibu ayah bolehlah bawa anak-anak ke Karnival UDA 2024, pastinya dapat menggamit pelbagai kenangan terindah bersama keluarga tersayang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19, pastinya ramai memahami mengenai segala Prosedur operasi standard (SOP). Lantaran itu, sudah tentu kita kerap berada di rumah.
Untuk menghilangkan rasa bosan tentu pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang berada dirumah. Di media sosial ramai yang melakukan perkongsian resipi baru, hasil pertukangan dan tanaman.
Cakna dengan tanggungjawab sosial, baru-baru ini Majalah Keluarga telah mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti secara virtual sehingga berjaya menarik perhatian ramai.
Aktiviti E- Keluarga Gader, Jom Mula Projek Kebun Mini Di Rumah ini telah disertai 60 orang peserta dari seluruh negeri.
Bagi yang selalu becucuk tanam tapi tak sampai seminggu pokok dah layu, program ini membantu menambah ilmu macam mana nak buat kebun mini di rumah sendiri.
Tenaga pengajar, Mohd Nor Amri Bin Mohd Nasir atau dikenali sebagai Cikgu Amri memberikan penerangan bercucuk tanam dan demonstrasi cara menanam kobis secara maya dari lokasi rumahnya di Melaka.
Untuk memeriahkan lagi program ini, turut diadakan cabutan bertuah bernilai RM100 serta soalan kuiz dan sesi soal jawab.
Program ini berlangsung pada 27 Mac lalu pada jam 10 pagi hingga 11.30 tengah hari dengan yuran penyertaan dikenakan adalah sebanyak RM20 seorang.
Video dan tip cara menanam Kobis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keseronokkan anak-anak menikmati hidangan berganda bila hidangan disediakan oleh ibu cantik berhias. Kesenian yang boleh dipelajari ini bukan sahaja istimewa malah bila dibuat bersama-sama dengan anak secara tidak langsung boleh dijadikan aktiviti bonding time menjadi lebih menarik.
Sehubungan dengan itu, Keluarga telah menganjurkan aktiviti E-Keluarga Gader, Misi Buat Bento Menu Cantik Anak Suka yang telah disertai oleh 61 keluarga dan mereka mendapat tunjuk ajar daripada Puan Hasnawati Yahaya untuk menghasilkan dekorasi bento yang comel dan mudah.
Sepanjang program berlangsung, Puan Hasnawati juga tidak lokek berkongsi tips dan info kepada peserta program bagi menghasilkan bento yang disukai oleh anak-anak. Bahkan menurut pengalamannya, kemahiran buat bento ini juga boleh mendatangkan pulangan jika dibuka untuk tempahan. Ada sahaja pelanggan di luar sana akan membuat pesanan terutamanya untuk dijadikan ole-ole dalam meraikan majlis sambutan hari jadi anak-anak dan sebagainya.
Palbagai Aktiviti
Tidak hanya peserta mempelajari teknik dan skil menghasilkan bento, bahkan di dalam program yang berlangsung turut diadakan sesi cabutan bertuah dan sesi soalan kuiz yang melayakkan peserta untuk memenangi hadiah istimewa daripada pihak Keluarga.
Pemenang di segmen Kuiz Cepat & Tepat adalah Puan Khadijah Ishak, Puan Sahhila Sulaiman, Puan Safirah, Puan Zai dan Puan Huzaimah Mokhtar. Manakala yang bertuah di dalam segmen lucky draw pula adalah jatuh kepada puan Khairul Safwati Muda, Puan Zarina Uzulli @Razali, PUan Nazlina Wahap, Puan Zainon Ahmad dan Encik Muhammad Khairul.
Program ini juga turut disiarkan secara live di facebook keluargamagazine.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.