“Kenangan Kekal Hingga Ke Syurga.” Isteri Throwback Kenangan Ke Bazar Ramadan Bersama Arwah Abam Bocey!

Share

Hati mana yang tak pilu, jiwa mana yang tak galau, buat pertama kalinya sambutan ramadan tanpa insan tersayang di sisi cukup dirasai oleh isteri Arwah Abam Bocey. Dalam satu perkongsian di laman instagram milik arwah, Nur Hidayah meluahkan isi hatinya.

“Tahun lepas puasa balik Sabak Bernam, mesti pergi bazar Ramadan beli juadah berbuka bersama arwah abang. Beli murtabak, ayam panggang, ayam golek dan macam-macam lagi.’

“Adik-beradik pun semua balik berkumpul berbuka sama-sama. Ramadan tahun ni terasa sangat berpuasa tanpa arwah abang di sisi sayang. Semoga abang tenang di sana,” luahnya.

Dalam posting tersebut, Hidayah berkongsi sebuah video kenangan yang memaparkan arwah Abam dan ahli keluarga yang lain pulang daripada bazar membeli juadah.

“Kenangan kekal abadi hingga ke syurga. Al-Fatihah untuk Allahyarham suamiku sayang. Syed Umar Mokhtar,” tulisnya dengan nada sayu.

 

Video yang memaparkan kenangannya bersama arwah Abam di bulan Ramadan itu mencatatkan lebih 145,000 tontonan di Instagram miliknya.

Perkongsian Hidayah itu kemudian menerima pelbagai respons. Rata-rata memintanya supaya kuat semangat dan tabah dengan dugaan tersebut

 

zazazil Al-Fatihah…semoga Dayah sabar dan kuat semangat.. saya juga merasa apa yg Dayah rasa.. kehilangan suami yg tersayang.. Ramadhan dan Syawal tanpanya.. sama-samalah kita berdoa moga roh arwah dicucuri rahmatnya…amin…
nurulaairaqais 💪💪💪 Be strong sis…. 😭😭😭😭
emyrusbah_ Akan rasa lain nya,tmbah2 masih baru aruah ni pergi, kita sama2 doakan moga aruah tenang damai di sana.ditempat kalangan org2 yg beriman
sitijuliams_lya11 Al-fatihah.. Semoga terus tabah & kuat😍
qaseh_faziela Sabar n kuat kn smgat moga dayah n hamzah sntiasa d berikan kekuatan n d lindungi yew..aamiin
mrsfaizaliches Takpe hidayah.. Arwah tetap ada dihati..
Sumber: hidayah_abam
IKLAN