“Kenduri Untuk Ainul.” Dedikasikan Persembahan Buat Arwah Anak Undang Sebak, Kumpulan Puteh Juara MLM 2019

Share

Program Maharaja Lawak Mega 2019 melabuhkan tirainya malam tadi. Sekali gus menyaksikan Kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.


Puteh berjaya memberikan persembahan mantap pada pusingan pertama bertemakan ‘bebas’ dengan memperolehi ‘5 HA’ daripada Najip Ali.

Kumpulan dianggotai Ali, Mamak dan Man itu turut mendapat ‘5 HA’ daripada Lisa Surihani di pusingan kedua dengan persembahan menghiburkan dengan mesej yang sampai ke hati penonton.

Penonton di Royal Teater Shah Alam turut mengalirkan air mata apabila Ali memberitahu persembahan mereka sepanjang berada di pentas MLM 2019, didedikasikan istimewa buat Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah.

Sumber: Astro Gempak

IKLAN