Kepala Botak Dijadikan Bahan lawak, Kenali Penyakit Alopecia Yang Dihidap Jada Pinkett Smith

Share

… namun, cinta boleh membuatkan kamu melakukan benda yang ‘gila’.”

Itulah antara ucapan ketika memenangi award di Majlis Oscar 2022 sejurus selepas insiden menampar selebriti lawak Chris Rock kerana menjadikan isterinya sebagai bahan lawak.

‘Drama’ Oscar 2022 itu bermula apabila Rock berada di pentas itu untuk menyampaikan anugerah bagi kategeori Dokumentari Terbaik.

Seperti kelazimannnya, Rock yang sangat sinonim dengan sikap humornya mula bergurau dengan penonton dan sebaik terpandang wajah Smith dan Jada, dia membuat keputusan bersenda dengan pasangan suami isteri itu.

Guruan Rock terhadap Jada yang kini muncul dengan imej botak berikutan masalah kesihatan itu lebih sesuai untuk membitangi filem G.I. Jane hanya mengundang padah.

Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

Terdahulu, Jada Pinkett Smith mendedahkan dia menghidap Alopecia. Perubahan akibat penyakit itu semkain lama dapat dilihat dengan jelas dan dia sudah tidak mampu untuk menyembunyikan lagi.

Apa Itu Alopecia

Menurut Pakar Perunding Dermatologi, Bahagian Dermatologi, Jabatan Perubatan di Universiti Malaya (UM), Dr Kwan Zhenli, masalah rambut yang paling umum untuk berlaku adalah alopecia androgenetik dan alopecia areata.

Alopecia androgenetik turut dikenali sebagai kehilangan rambut yang boleh dialami oleh individu lelaki ataupun wanita. Manakala alopecia areata, sebaliknya, adalah satu keadaan yang melibatkan masalah autoimun dengan isu kebotakan rambut.

Masalah yang melibatkan kulit kepala dan rambut lain yang sering dihadapi adalah seperti psoriasis kulit kepala, seborrhoeic dermatitis dan jangkitan kulat yang dikenali sebagai tinea capitis.

Masalah berkaitan rambut selalu berkaitan isu keguguran rambut. Keadaan rambut yang gugur boleh meninggalkan parut (dikaitkan dengan kerosakan pada folikel rambut) atau tidak menyebabkan parut.

Individu yang mengalami masalah ini mungkin akan mengadu mengenai perubahan pada kulit kepala yang menjadi kemerahan, bersisik atau kering. Dalam sesetengah situasi, ia mungkin menyebabkan rasa gatal dan kesakitan.

Bolehkah ia diwarisi?

Pensyarah Perubatan di Fakulti Perubatan UM, Dr. Kwan memberitahu bahawa masalah alopecia androgenetik adalah berkaitan dengan kepekaan terhadap hormon testosteron dan sering kali melibatkan genetik.

Bagi wanita yang mengalami masalah ini, ia adalah berkait rapat dengan tahap hormon lelaki (androgen) yang tinggi sama seperti keadaan yang melibatkan sindrom ovarium polikistik. Individu wanita dengan keadaan ini mungkin akan berdepan isu jerawat, peningkatan pertumbuhan rambut pada wajah, haid tidak teratur serta masalah kesuburan.

Manakala masalah alopecia areata melibatkan keadaan autoimun dan ia cenderung untuk diwarisi. Lebih kurang 20 peratus individu yang mengalami keadaan alopecia areata mempunyai sejarah keluarga dengan masalah rambut yang sama. Masalah ini juga turut dikaitkan dengan keadaan autoimun seperti gangguan tiroid, lupus dan vitiligo.

Pilihan rawatan

Bagi merawat alopecia androgenetik, cecair atau sabun Minoxidil merupakan antara kaedah rawatan yang biasa digunakan. Individu lelaki dengan masalah ini boleh mengambil ubat finasteride, manakala individu wanita pula boleh mempertimbangkan pengambilan pil yang berfungsi untuk menyekat tindakan dihydrotestosterone seperti spironolactone atau cyproterone acetate.

Perkara paling penting yang harus dilakukan adalah untuk melindungi rambut dan kulit kepala daripada terdedah kepada cahaya matahari dengan memakai krim pelindung matahari, topi atau rambut palsu.

Terdapat juga pilihan prosedur pembedahan seperti pengurangan kulit kepala atau teknik pemindahan rambut seperti pemindahan unit folikel (FUT) atau pengekstrakan unit folikel (FUE). Kaedah lain termasuk rawatan cahaya laser tahap rendah atau plasma kaya platelet (PRP). Walau bagaimanapun, lebih banyak bukti diperlukan untuk menyokong penggunaan modaliti rawatan ini.

Untuk masalah alopecia areata, penggunaan krim atau aplikasi steroid pada kulit kepala boleh digunakan sebagai kaedah rawatan. Suntikan steroid juga antara rawatan yang berkesan. Bagi keadaan yang serius, pengambilan ubatan oral seperti steroid, methotrexate, sulfasalazine, ciclosporin dan azathioprine, boleh dijadikan antara pilihan rawatan.

Minoxidil juga boleh digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Kaedah rawatan lain yang boleh digunakan untuk alopecia areata termasuk “contact sensitisation” (menggunakan squaric acid dibutyl ester (SADBE) atau diphenylcyclopropenone (DPCP), suntikan plasma tinggi kandungan platelet dan fotokimoterapi.

Perubahan gaya hidup

Untuk mencegah atau mengurangkan kecenderungan mengalami masalah keguguran rambut, cara yang terbaik adalah mengekalkan gaya hidup sihat. Ia boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga berat badan ideal, mengurangkan tekanan, menghindari tabiat yang tidak elok seperti merokok serta elakkan pendedahan kepada radiasi ultraviolet.

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan tabiat menyikat rambut dengan kuat ketika rambut masih basah dan rapuh. Anda boleh merapikan rambut dengan menggunakan jari atau berus sikat rambut.

Untuk menjaga kesihatan rambut, anda juga boleh mengurangkan penggunaan hot combs, perms atau mengerintingkan rambut, penggunaan bahan kimia kepada rambut serta pengering rambut.

Sumber : Astro Awani, Hello Doktor

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Jom sertai E-Keluargagader https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/

IKLAN