Setelah tertangguh akibat penularan wabak pandemik Covid-19, akhirnya terjawab segala teka teki apabila Nadhir Nasar dinobatkan menjadi juara bagi program pencarian Hero Remaja 2020 yang telah dilangsungkan pada Khamis.
Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Bin Ahmad Nasar mengenepikan saingan sengit empat finalis akhir lain, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi dan selempang.
Sementara itu, kedudukan di tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh finalis akhir Umar dan Meerqeen, , masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000
beserta trofi dan selempang.
Manakala Jabir dan Haziq yang berada di tempat keempat dan kelima juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Ads
Penilaian Finale Hero Remaja 2020 adalah berdasarkan 70 peratus markah juri, dan 30 peratus hasil dari komitmen peserta sepanjang terlibat dalam program tersebut.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria dan Astro Ria HD, Emarina Mohd Kamal berkata pemilihan juara dilihat dari cabaran yang dilalui oleh 12 finalis Hero remaja yang kebanyakan cabaran itu diungguli oleh Nadhir.
Ads
‘Apa yang Nadhir dah persembahkan masa final dan episod sebelumnya menjadi penentu untuk Nadhir menjadi juara untuk musim ini,’ katanya ketika sidang media.
Tambah Ema, mereka dalam mempunyai perancangan untuk menentukan hala tuju finalis Hero Remaja dalam industri tetapi masih proses dan perlu dibincangkan lagi mengikut kesesuaian para finalis.
Ads
Untuk malam kemuncak Hero Remaja 2020, para peserta akhir ditugaskan untuk melakukan sebuah video pesanan khidmat masyarakat (PSA) dan juga menjawab soalan yang diberikan oleh juri.
Kesemua finalis telah diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Hans Issac dan Scha Alyahya selaku juri tetap serta Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cukup menyentuh hati membaca satu perkongsian di laman facebook semalam, di mana seorang lelaki kelainan upaya dilihat sedang menjual minyak angin.
Beberapa keping gambar lelaki OKU ini kemudiannya di muat naik oleh individu yang dikenali sebagai Suid Abdul,ketika lelaki OKU tersebut sedang menjual minyak angin di Pantai Murni, Yan, Kedah.
Biarpun dalam keadaan sukar untuk berjalan, lelaki itu masih gigih mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupannya.
Tumpang kawan datang meniaga
Lebih menyentuh hati, lelaki itu dikatakan berasal dari Jitra, Kedah dan datang ke Pantai Murni dengan menumpang kawan semata-mata untuk berniaga. Sejak lahir lagi lelaki ini berkeadaan sedemikian dan hanya merangkak jika mahu ke mana-mana tempat.
Menerusi komen itu juga, Suid memberitahu bahawa lelaki yang dijumpainya itu mengalami lumpuh dari bahagian pinggang hingga ke kaki. Kesukarannya untuk bergerak membataskan perjalanan yang boleh dibuat untuk berniaga minyak angin.
Sehubungan dengan itu, dia menyeru agar sesiapa yang berada di sekitar kawasan Pantai Murni agar sama-sama meringankan beban lelaki tersebut dengan membeli minyak angin yang dijual. Semoga ia sedikit sebanyak membantunya dalam mencari rezeki halal.
Ramlahdollah NoxxaAssalam..tolong dptkn no contact (akn dirahsiakan) dan no akaun. Sy akn cuba viralkn. Die ada usaha, semoga Allah permudahkan.
Nour Hidayu Rahamatnak bantu, tp sy di kajang… sy pn nk num acc, bantu mana yg boleh…
Idrul FitriAlhmdllh..walaupun begini masih berusaha mencari rezki. Ni sihat tubuh badan.minta sedekah.. Semoga sahabat kita tabag mengharungi liku2 hidup.semoga sihat sentiasa
Sathia SilanSelamat Ptg En.Mohon pm saya num tel dan acc dia…boleh?Saya pun nak support bisnes dia dan pada masa yg sama ingin memberikan sumbangan pada dia.Terima kasih pada En kerana prihatin dan viralkan pasal abg itu.Semoga tuhan memberkati En diatas usaha dan keinginan utk membantu.
Duit syiling bersepah di rumah? Nak kira malas sebab banyak sangat nak kira satu persatu. Atau duit dalam tabung yang disediakan sudah penuh?
Apa kata cuba cara yang dikongsikan oleh saudara Anan Adli ini.
Assalamualaikum! Morning! Pagi ni saya nak share tentang mesin deposit syiling. Korang ada banyak siling tak kat rumah? Dalam tabung ke, dalam bekas ke. Kalau ada, korang boleh masukkan syiling-syiling tersebut ke dalam mesin deposit syiling. Maybe ada yang tak tahu lagi kan. Mudah sangat! Ok yang ni saya share kan menggunakan Maybank ye. Bank lain saya tak cuba lagi.
Ini step-step dia:
Pergi ke cawangan yang ada mesin ni. Tak semua cawangan Maybank ada. Utk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.
Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ni intelligent utk asingkan setiap syiling. Hehe. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima tau.
Tekan butang ‘A’ utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ utk continue. Duit-duit yg tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.
Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu utk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, no acc dan juga no telefon.
Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form utk diisi. Isi nama, no acc dan jumlah wang syiling yg dah di deposit tadi.
Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke acc petang nanti (kalau pergi pagi la)
Sedikit info dan peringatan : Sebelum pergi, cuba call dulu cawangan tersebut utk check availaibility of the machine. Kot2 tengah maintenance ke kan. Kot2 dah takde ke kan. Buang masa je datang. Waktu operasi bank ialah 9.15am – 4.30pm. Mesin ni ikut waktu operasi bank. Dia bukan mcm cash deposit machine mcm biasa tu. Sebab resit tu kena bagi balik kat kaunter khidmat pelanggan. Resit tu valid satu hari je tau. Lepas dapat resit kat machine, terus ke kaunter khidmat pelanggan. Jangan gatal pegi esok pulak. Haha. Kira betul2 jumlah syiling tu. Make sure jumlah sama dgn yang dikira di mesin.
Maybank Coin Deposit Machine: (list diambil dari website M2U)
KL Main Branch
Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
Shah Alam Main Branch
USJ Subang Jaya Branch
Seremban Branch
Jelapang Branch
Melaka Main Branch
Johor Bahru Main Branch
Jelutong Branch
Alor Star Branch
Taman Tas Branch
Kuala Terengganu Branch
Kota Bharu Branch
Wisma Satok Branch
Kota Kinabalu Branch
Rawang Branch
Bandar Baru Selayang Branch
Bandar Sunway Branch
Equine Park Branch
Station 18, Ipoh Branch
Skudai Branch
Batu Pahat Branch
Prai Industrial Estate Branch
Legenda Heights Branch
Pulau Langkawi Branch
Paka Branch
Tanah Merah Branch
Mutiara Damansara Branch
So jangan letak merata rata duit syiling tu. Kumpul dlm tabung, dah banyak boleh masukkan dlm mesin tadi . Selamat menabung!
“Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan.”
Demikian luahan Sabariah Hussein, atau terkenal dengan panggilan Sister Sabria, yang kisah kerja amalnya di Montreal, Kanada, tular di media sosial sebelum ini. Sabariah Hussein, anak Malaysia kelahiran Johor, terkenal dan disenangi rakyat Kanada khususnya di Montreal. Mereka menggelarnya ‘Muslim Mother Teressa’.
Setiap hari Sabariah akan memberi makan kepada 400-500 insan-insan yang memerlukan. Dia juga mengendalikan rumah perlindungan wanita yang dikenali sebagai “Rumah Kedua Kita” (Our Second Home) di rumahnya sendiri. Hebat anak Malaysia ini. Bekas guru pendidikan khas di Montreal Kanada ini mengakui sifat kasih sayang dan empati sudah sebati dalam dirinya. Dia memulakan kerja amalnya di Kanada dengan mengagihkan karipap dalam kuantiti yang kecil kepada masjid berdekatan rumahnya.
Langkah kecil itu telah membuka matanya apabila dia melihat ramai orang yang memerlukan makanan. Ketika itu, Sabariah bukanlah seorang jutawan. Bukan orang terkenal. Dia hanya seorang guru pendidikan khas yang berjiwa besar.
Masak bersendirian
Dari dapur kecil di rumahnya, berbekalkan kemahiran memasak yang ada, dia mula memasak bersendirian. Kemudian dia akan mengagihkan sendiri kepada mereka yang memerlukan. Sungguh luar biasa kesungguhan insan ini membantu orang yang langsung tak punya sebarang ikatan. Sabariah terus menggiatkan usahanya untuk membantu seramai yang boleh. Bayangkan di saat kita sedap menjamu selera, ada insan yang sudah berhari-hari tak menjamah makanan.
Insan-insan ini dijamu dengan air tangan Sabariah. Bayangkan bagaimana perasaan mereka disaat mengunyah makanan yang enak dikala perut sedang kelaparan. Betapa bahagianya mereka ketika itu.
Oleh kerana itu Sabariah disayangi oleh orang sekelilingnya. Sifat mulianya itu telah menjentik hati orang lain tanpa mengira status, agama dan bangsa.
Begitulah rutin Sabariah setiap hari. Tanpa jemu dia menyediakan makanan buat mereka semua. Senyuman mereka menciptakan kebahagiaan dalam hati Sabariah. Keluar berniaga cari dana Pada peringkat awal Sabariah menggunakan keuntungan dari hasil jualan makanan di luar masjid untuk membeli barangan makanan yang hendak dimasak.
Ketelusan dan keluhuran jiwanya terserlah apabila dia keluar berniaga semata-mata mahu mencari dana untuk memastikan tiada insan yang tertidur dalam kelaparan. Betapa mulianya hati insan ini. Ternyata hidupnya adalah untuk kebahagiaan insan-insan lain.
Masak dari hati penuh kasih sayang
Makanan yang disediakan oleh Sabariah juga enak. Dia memasak dari hati dan sesekali tidak memasak dengan hanya sekadar melepaskan batok ditangga. Katanya,
“Saya memasak dari hati dengan penuh kasih sayang. Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka. Itulah kebahagiaan saya.”
Usahanya itu saban hari mendapat sambutan. Malah kini ratusan sukarelawan pelbagai bangsa membantu Sabariah menyediakan dan mengedarkan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Sabariah adalah insan yang rendah diri. Dia membantu tanpa mengira status, agama dan bangsa. Dia membawa contoh akhlak Islam yang baik di kalangan orang bukan islam.
Golongan Islam & gelandangan Sabariah turut membantu memasak makanan untuk 8 buah masjid dan 2 buah gereja di Montreal buat golongan miskin dan gelandangan di sekitar kawasan tempat tinggal beliau, tanpa mengira agama dan bangsa. “Sebagai seorang yang beragama Islam, kita harus sentiasa berganding bahu supaya dapat mencermin masyarakat Islam adalah dalam kalangan orang yang baik-baik.” “Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan,” demikian luahan Sabariah.
Usaha Sabariah ini juga adalah dakwah yang mencerminkan kebaikan islam. Di kala dunia barat digembar gemburkan dengan Islamophobia, Sabariah tampil menjernihkan ketegangan itu dengan makanan masakannya. Sesungguhnya, jalan dakwah itu luas. Apa yang paling penting adalah tindakan kita. Orang melihat apa yang kita lakukan berbanding apa yang kita perkatakan.
3 hari tidur keletihan
Tindakan Sabariah jelas menunjukkan hasil yang baik terhadap persepsi orang barat terhadap Islam. Kebaikannya itu diiktiraf oleh penduduk setempat apabila dia digelar “Muslim Mother Teressa” oleh penduduk non Muslim. Sabariah juga pernah koma 3 hari selepas dia bertungkus lumus mengutip sumbangan bagi korban tsunami di Indonesia.
Ketika itu dia sangka dirinya tertidur selama 3 hari akibat keletihan. Selepas berjumpa doktor, barulah dia tahu bahawa dirinya diserang stroke ringan dan menurut doktor tempoh tiga hari tidurnya itu adalah koma. Allah, sampai sakit dia bantu orang. Alhamdulillah selepas itu dia kembali sihat dan meneruskan kerja amalnya sehingga kini. Sabariah turut membuka rumah anak yatim di Kota Tinggi, Johor dibawah naungan Sister Sabria Foundation. Terima anugerah
Sabariah telah menerima pelbagai anugerah dari kerajaan Kanada dan Malaysia. Sabariah juga dijemput untuk bertemu Perdana Menteri Kanada sebagai tanda penghargaan terhadap usahanya. Sabariah umpama permata berkilauan yang menyinari kehidupan orang-orang di sekelilingnya. Sabariah sedang berniaga dengan Allah. Pasti dia tak akan pernah rugi. Kini usianya sudah mencecah 73 tahun. Tetapi sedikit pun tidak pernah melonggarkan usaha Sabariah untuk terus membantu orang yang memerlukan. Semoga Allah beri kesihatan dan kekuatan buat insan ini terus menyumbang dan berdakwah. Pasti anak cucunya bangga punya ibu dan nenek yang hebat begini.
Kita pula bagaimana? Hidup kita untuk apa? Apa sumbangan kita kepada ummah? Adakah kita hanya memikirkan tentang diri semata-mata. Sebab itu hidup kita sentiasa stres dan serabut.
Kegiatan amal Sabariah boleh diikuti di laman Facebook, Sister Sabria Foundation.
Datuk Seri Vida menjadi perhatian selepas Mahkamah Tinggi membenarkan Maybank Islamic menjual beberapa hartanah milik syarikatnya susulan kegagalan melunaskan pembiayaan Islam berjumlah RM15.5 juta.