“Kesian Tak Dapat Keluar Rumah…”Nad Zainal Dedah Hobi Baru Anak, Tangkap Semut & Labah-Labah Buat Ramai Terhibur!

Share

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), bukan sahaja orang dewasa, bahkan anak-anak juga tidak dapat keluar ke mana-mana.

Hanya duduk di rumah dan minggu ini juga bermulanya pembelajaran di rumah. Bagi menghilangkan kebosanan, macam-macam aktiviti dilakukan oleh ibu bapa untuk anak-anak. Tak kurang juga anak-anak sendiri yang mencari inisiatif untuk mengisi masa.

Pelakon Nad Zainal, dalam satu perkongsian di laman instagramnya mendedahkan anak sulungnya, Fahad Ibrahim kini memiliki hobi baru iaitu menangkap serangga di dalam rumah. Antaranya semut dan juga labah-labah. Kedengaran lucu kan!

Menerusi perkongsian tersebut, Nad memuat naik satu video yang menunjukkan gelagat anak sulungnya itu.

“BERTUAH PUNYA SPIDER!!”

Hahahahahahahah!!!!!!!!

kesian.. tak dapat keluar rumah, hobi baru dia tangkap semut and spider

Perkongsian tersebut ternyata menghiburkan ramai yang menonton. Pelbagai komen dimuat naik menerusi status berkenaan.

mediacoverage Cubaan melarikan diri disitu
serum_montokkan_payudara_rm15 Habis bosan dah tu.. 😂😂😅😅
nirifa_joana21 Cara dia bercakap tu matured…mcm orang besar cakap ❤️
kokumakimchi_srigombak Haaaaa jaga² nnt tiber jdk spiderman plak!! 😜
af_tengkuLucu la yem ni
norazlina.nordin Rare la hobi dieeee
suka.kidz Yemmmm~ kompom pasni spider tobat tanak masuk umah yem lagi 😂

Sumber: nad.zainal

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jom cuci mata barangan menarik DI SINI

Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

 

 

IKLAN