Ketahui Tip Didik Anak Tentang Wang. Termasuk Latihnya Simpan 10% Daripada Wang Saku Sekolah

Share
Terdapat pelbagai  cara yang boleh praktikkan untuk mendidik anak-anak untuk menghargai dan faham nilai wang.
Justeru, untuk membuatk anak faham nilai wang, ibu bapa perlu mendidik anak tentang apa itu wang dan nilainya dalam kehidupannya.
Apabila anak mulai faham nilai wang, lebih mudah untuk ibu bapa libatkan anak dalam pengurusan kewangan keluarga.
Ikuti cara mendidik anak tentang wang mengikut tahap umur
UMUR ANAK 3-5 TAHUN:
?Ajar anak kenali wang- jenis, rupa, warna
?Ajar anak tentang nilai wang– nombor, jumlah, nilai
?Fahamkan anak bahawa wang hanya didapati apabila kita berusaha
?Fahamkan anak tentang the idea of having to wait for something you really want. Usaha dulu, baru dapat.
?Fahamkan anak tentang perbezaan keperluan dan kehendak.
.
UMUR ANAK 6-10 TAHUN:
.
?Berbincang tentang peruntukan duit belanja sekolah
?Dedahkan anak tentang cara berbelanja dengan betul
?Latih anak membuat perbandingan harga barang
?Buka akaun simpanan di bank atau tabung di rumah
.
UMUR ANAK 11-13 TAHUN:
.
?Latih anak menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada wang saku yang diberikan
?Latih anak membuat goal-setting dalam menyimpan setiap minggu atau setiap bulan
?Fahamkan anak tentang the value of hard work
?Fahamkan anak tentang keburukan meminjam wang orang lain atau berhutang. Don’t spend the money you don’t have.
?Fahamkan anak tentang kaitan wang dengan keselamatan dan hak peribadi. Stay low key, and keep your money private.
Anak2 yang faham nilai wang, akan lebih menghargai wang dan bijak berbelanja.
Comment “?” if your child is a money-smart person!
Sumber: FB Haikal’s Game Book
IKLAN