Ketam Pedas Telur Masin, Sedapnya Lain Macam. Ni Resipi Boleh Cuba!

Share

Sesekali melayan selera keluarga dengan menu berbeza daripada biasa, tentu membuatkan anak beranak teruja di meja makan. Apatah lagi jika menu tersebut berasaskan ketam, memang terbaiklah!

Ketam selain enak dimasak lemak cili padi, sambal atau pun digoreng ringkas, bahkan lain macam keenakan rasanya bila menikmati ketam di masak bersama telur masin. Rasanya memang istimewa dan rugi kiranya andai tidak dicuba sendiri untuk menyediakannya.

Nak tahu resipinya, ini dikongsikan untuk dicuba.


“Saya nak share resepi Ketam Pedas Telur Masin. Bolehlah cuba masak hujung minggu”

Bahan-bahan: 

Ketam,telur masin, bawang merah, bawang putih, serai, halia, cili padi, cili merah dan santan.

Cara penyediaan :

 

1. Telur masin kita rebus

2. Ketam gaul sedikit dengan tepung jagung sebelum di goreng. Goreng ketam sampai merah.

3. Macamnilah ketam siap di goreng

4. Panaskan sedikit minyak lebih goreng ketam dan tumis bawang putih dan serai

5. Masukkn bahan-bahan yang dah siap dikisar dan tumis. Bahan-bahan kisar
adalah cili merah, cili api, bawang merah dan halia.

6. Kemudian masukkan santan, guna 1/4 dari isi kotak tu je

7. Masukkan telur masin yang dah di rebus tadi, bahagian putih telur ambil satu bahagian sahaja yang kuning ambil semua dan gaul rata

8. Perasakan dengan aji sedikit, garam tak perlu sebab telur masin dah bagi masin ngam ngam

8. Akhir sekali masukkan ketam yang di goreng tadi dan gaul rata

Okay siap di makan dengan nasi panas-panas.

IKLAN