Ketika Membesarkan 5 Anak Lelaki & Begini Cara Ummi Kemas Rumah. Boleh Follow!

Share

Mengemas rumah adalah perkara yang cukup meletihkan,lebih-lebih lagi semasa anak-anak masih kecil.

Boleh dikatakan kalau hendak melihat rumah sentiasa nampak kemas tersusun rapi, itu bermakna setiap minit terpaksalah mengemas jawabnya.

Apatah lagi andai semua anak adalah lelaki, pasti antara kita sudah dapat bayangkan bagaimana cabarannya.

Pun begitu, puan Siti Nadzrah atau lebih mesra disapa Ummi,  dikurniakan 5 cahayamata lelaki yang kini semuanya telah berjaya menjadi hufaz Al Quran telah berkongsi tip  berkaitan mengemas rumah mengikut cara yang diperaktikkan olehnya. Jom semak.

MENGEMAS RUMAH CARA UMMI

1. Kemas rumah dengan cepat semasa anak-anak tidur.


2.Sapu, vakum dan mop lantai semasa anak leka bermain atau tiada di rumah. Jika tidak terlalu mendesak, tugasan ini boleh diserahkan kepada part-time cleaner di hujung minggu.

3.Kemas mainan bila anak sudah habis bermain. Ajak sekali anak untuk mengemas mainan. Anak perlu dididik untuk menjadikan kebersihan sebagai amalan harian. Jangan harapkan kesempurnaan tetapi berilah penghargaan kepada usaha kecil mereka.

 


4.Kalau anak kecil semakkan rumah selepas kita kemas, biarkan sahaja dulu. Pura-pura tidak nampak. Mahu tidak mahu, kena kemaslah juga untuk beberapa kali dalam sehari.

 


5. Bila anak kecil kita minum air sirap dalam cawan dan mengacaunya dengan sudu lalu tertumpah ke lantai, alihkan anak dan lap lantai agar tidak meleket dan dihurung semut. Yang pasti, wajah kena manis semanis air sirap yang tumpah itu.

6.Jiwa ibu kena kebal, tak boleh marah-marah, tak boleh senang-senang pukul anak.

7. Anak-anak yang besar boleh dilatih untuk membantu mengemas rumah dan memastikan rumah sebagai tempat tinggal yang bersih dan selesa untuk didiami.

Sumber : Siti Nadzrah Sheh Omar

IKLAN