Kini Berstatus OKU, Zaiton Sameon Luah Syukur Harapkan Ada Sinar Menanti!
“Alhamdulillah, status OKU ini melayakkan saya untuk mendapat bantuan tersebut.” Demikian luahan rasa daripada penyanyi terkenal era 80-an, Zaiton Sameon yang popular dengan lagu Menaruh Harapan, meluahkan rasa lega apabila dirinya kini diberikan status Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori fizikal dan mengharapkan dengan ini dapat memudahkan dirinya untuk kehidupan di masa akan datang.
Difahamkan juga dengan pemberian status tersebut membolehkan dia layak memohon untuk menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Saya kini menyewa di Ampang dan terikat dengan bayaran RM800 sebulan. Bagaimanapun, saya sering lewat melunaskan bayaran kerana masalah kewangan.
“Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, selain tawaran menyanyi yang semakin berkurangan. Sebelum ini, saya pernah memohon bantuan perumahan PPR, tetapi ditolak atas alasan tiada pendapatan tetap.
IKLAN
“Alhamdulillah, status OKU ini melayakkan saya untuk mendapat bantuan tersebut,” katanya selepas majlis penyerahan kad OKU yang turut dihadiri Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Che Samsu Zuki Che .
Ini sebagai mana memetik laporan akhbar Utusan Malaysia. Difahamkan Zaiton layak menerima status OKU kategori fizikal selepas disahkan mengalami trauma kecederaan otak oleh pihak hospital berikutan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya pada 1990. Anaknya, Azirwan Abu Bakar bagaimanapun, terkorban dalam nahas tersebut.
IKLAN
Penyanyi itu juga memaklumkan, status tersebut memudahkannya untuk menjalani kehidupan yang selama ini serba kekurangan kerana tiada tempat bergantung.
“Saya tidak punya siapa-siapa dan hanya bergantung harap kepada anak angkat, Che Sikah Ismail yang menggalas tanggungjawab menjaga saya.
“Lega dengan pemberian status ini kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang saya tanggung selama ini,” katanya.
Sementara itu, Che Samsu memaklumkan, pemberian status tersebut berdasarkan pengesahan pihak hospital tentang keadaan penyanyi itu selepas pemeriksaan kesihatan dibuat.
IKLAN
“Pihak hospital mengesahkan, Zaiton layak menerima status tersebut selepas pemeriksaan kesihatan ke atasnya dilakukan,” katanya.
Lumrahlah bila tak masuk dapur, memang kadang boleh keliru dengan peralatan dapur. Yang mana kuali, yang mana periuknya, yang mana sudip, eh macam-macam lah boleh terbalik! Lebih-lebih lagi untuk orang lelaki yang jarang ke dapur, memang susah lah nak bezakan namanya.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna tiktok ini @kiki_wooo apabila terjadi satu moment lucu ketika disuruh oleh kakaknya menyuruh dia membeli kuali.
Dia sempat mengambil sebuah periuk yang disangka merupakan kuali sebelum berangkat pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, lelaki itu mula menyedari kesalahan berkenaan dan kelihatan risau akan hukuman yang bakal dihadapinya.
Seketika pulang ke rumah, dia seakan-akan sudah pasrah dan bersedia untuk dimarahi. Namun siapa sangka. kakaknya juga dilihat turut keliru dengan barang yang perlu dibeli sehingga secara tiba-tiba agar mendapatkan cerek air.
Bagaimanapun, wanita itu terpaksa pasrah selepas berseloroh melihat kesilapan adiknya membeli bukan seperti yang disuruh.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut ikut terhibur dengan gelagat dua beradik tersebut. Malah, mereka juga sempat keliru melihatvideo berkenaan selain tidak menyangka akan plot twist berkenaan boleh berlaku.
Pening kepala adalah perkara biasa, tetapi jika terlalu kerap, boleh menjejaskan kualiti kesihatan dan rutin harian. Perkongsian Dr. Ezairy M.Sallih ini sungguh bermanfaat untuk diketahui. Jom semak!
“Isteri saya ini selalu sangat pening. Ada doktor kata migraine, ada kata vertigo, ada kata resdung, darah tinggi. Pening kepala saya!”
Bawa bertenang. Pening kepala merupakan simptom general yang boleh berlaku kepada sesiapa. Kadangkala, sukar untuk berjaya mengenalpasti punca lebih awal. Sebab ia gejala yang tidak spesifik!
Kajian di barat menunjukkan lebih 30 peratus daripada kita berjumpa doktor akibat simptom pening kepala saja sebelum mencapai usia 65 tahun. Dahsyat kan?
Perlu pemeriksaan.
Doktor perlu memeriksa pesakit secara keseluruhan. Darah tinggi, kencing manis, bacaan kolesterol, gejala resdung, pendengaran, mata dan banyak lagi. Adalah sukar untuk mengenalpasti penyakit itu tanpa melakukan pemeriksaan. Perlu berjumpa doktor.
“Tapi, setiap kali pening kepala saja, bacaan darah tinggi saya mesti naik?”
Ini biasa ditemui. Ramai daripada kita tidak sedar bahawa mereka mengalami beberapa penyakit yang mereka sendiri tidak tahu sebelum itu. Ini bahaya. Dirisaukan ia diketahui sebaik sahaja mendapat komplikasi seperti serangan strok, kerosakan organ dan lain-lain.
Jadi, apa sebab pening kepala ini? Apa punca-puncanya?
Gejala pening kepala boleh dibahagikan kepada fisiologikal, postraumatik, neurologikal, psikologikal dan beberapa lagi. Apa beberapa kaedah pembahagian untuk mengenalpasti punca pening kepala. Rumit kalau nak dibincangkan satu persatu.
Maka itu saya ringkaskan seperti di bawah.
1. Sea sickness atau kita selalu sebut sebagai mabuk laut. Ini berlaku akibat konflik yang berlaku apabila visual input(pandangan kita kepada lantai bot) mengalami konflik dengan pergerakan bot yang terolang-aling. Jadi apa kena buat? Sebab itu anda dinasihat pandang saja ke depan bagi mengurangkan konflik ini.
2. Visual. Anda yang berkaca mata pasti mudah faham apa yang saya maksudkan kan? Apabila seseorang baru memakai atau menukar power cermin mata contohnya, ini akan memerlukan perubahan adaptasi pada refleks yang dipanggil vestibulocular reflex(VOR) bagi memastikan pergerakan mata seiring dengan pergerakan kepala. VOR bagi mereka yang berusia sangat perlahan dan ini merupakan salah satu sebab mereka mudah mengalami pening kepala.
3. Ketinggian atau dipanggil ‘height vertigo’. Bagi memastikan postur badan kita stabil, perubahan pergerakan kepala 2cm sahaja dibenarkan bagi membolehkan pandangan(visual) kita membantu kestabilan tubuh. Sebab itu apabila anda berdiri melihat ke bawah di bangunan tinggi, anda akan rasa melayang dan ingin berpusing. Tak percaya? Boleh cuba. Tapi pastikan ada seseorang di sisi. Hati-hati.
4. Migraine. Masalah ini sering dikaitkan dengan simptom pening kepala sebelah bahagian sahaja. Betul? Tapi pernahkah anda mengalami pening kepala, apabila berjumpa doktor itu katanya migraine, bila jumpa doktor ini katanya vertigo. Jadi mana satu betul ini? Anda pernah dengar ‘Migraine associated vertigo’? Masalah ini boleh berlaku kepada anda dan kadangkala amat sukar untuk membezakan dengan ‘meniere disease'(saya akan cerita tentang meniere selepas ini). Sebanyak 40 peratus pesakit yang mengalami meniere turut mengalami migraine!
5. Meniere disease merupakan salah satu gejala vertigo iaitu pening kepala berpusing dan disertai dengan masalah pendengaran. Ia berlaku disebabkan oleh masalah pada vestibular sistem iaitu organ keseimbangan tubuh dan pendengaran juga.
6. BPPV atau benign positional paroxysmal vertigo berlaku apabila berlaku perubahan pada pergerakan kepala. Serangan berlaku biasanya sekejap saja dalam beberapa saat ke minit. Ia berlaku akibat masalah pada semicircular canal iaitu struktur keseimbangan tubuh. Pesakit BPPV tidak mempunyai masalah pada pendengaran. Berbeza dengan meniere.
7. Ubat. Beberapa jenis ubat-ubatan boleh memberi kesan sampingan pening kepala seperti ubat yang bertindak central iaitu phenytoin, barbiturates, carbamazepine dan banyak lagi.
8. Pendarahan kepala atau gegaran otak. Ini biasa berlaku selepas kemalangan. Pening merupakan salah satu gejala utama yang biasa ditemui.
9. Sinusitis atau resdung. Pesakit biasa akan mengadu berat kepala dan muka disamping masalah pada hidung seperti tersumbat, hidung berair, kurang bau dan lain-lain.
10. Ketumbuhan. Ini yang paling kita tak mahu dengar. Ketumbuhan paling biasa menyebabkan masalah vertigo ialah pada kawasan pangkal otal (cerebellopontine angle). Ketumbuhan dalam otak sendiri juga boleh menyebabkan simptom pening kepala kepada pesakit. Pesakit boleh datang dengan gejala pengsan, serangan sawan selepas beberapa hari pening kepala di rumah.
Kalian… jangan lambat dapatkan rawatan. Jangan jumpa bomoh-bomoh. Jangan dapatkan suplemen dan jamu dulu. Jangan urut-urut, buat rawatan kampung dulu. Jumpa doktor dulu, periksa apa masalah kita. Doktor membantu selagi boleh. InshaaAllah.
Moga bermanfaat.
Dr. Ezairy M.Sallih Maklumat di atas adalah sebagai rujukan tambahan. Tidak bertujuan sebagai konsultasi penyakit anda. Jumpa doktor untuk diagnosis tepat.
*Saya tambah nombor sebelas yang ramai lupa termasuk saya. Stres dan tekanan hidup. Hidup ini pilihan. Kita yang pilih untuk gembira atau berduka. Nak sedih, nak ketawa, nak menangis atau apa-apa hak kita kan? Dekatkan diri dengan Tuhan. Hati tenang, fikiran senang dan InshaaAllah masalah hilang.
Sila tekan butang #SHARE jika anda rasa tulisan ini berguna. Semoaga membantu lebih ramai orang.
Banyak punca sembelit. Ada kalanya apa yang kita buat sebelum ini tidak pun menyebabkan sembelit, tapi kali ini ia menyebabkan sembelit. Jadi sembelit kadang kala bukan disebabkan oleh satu faktor saja, tetapi banyak faktor. Ada kalanya orang lain buat, mereka ok saja. Tapi kita buat boleh menyebabkan sembelit pula. Jadi bergantung pada individu.
Antara punca-punca yang menyebabkan sembelit ialah :
1) Mereka yang ambil ubat gastrik yang mengandungi kalsium atau aluminium. Ubat ini selalu disebut sebagai antacid, sama ada dalam bentuk cecair atau dalam bentuk pil.
2) Ubat-ubat penahan sakit seperti tramadol dan ubat untuk kemurungan boleh menyebabkan sembelit juga.
3) Orang yang kerap mengambil ubat pelawas untuk buang air besar juga boleh mengalami masalah ini. Penggunaan ubat ini untuk jangka panjang akan melemahkan otot-otot usus untuk melakukan pergerakan peristalsis. Pesakit yang mengalami luka pada dubur (fissure in anus) yang cuba mengelakkan diri dari membuang air besar (kerana berasa sakit ketika membuang air besar), juga boleh mengalami sembelit.
4) Pesakit anemia (kekurangan sel darah merah) yang mengamalkan pil zat besi (iron), juga boleh mengalami sembelit.
5) Pesakit yang mengambil ubat tahan sakit seperti tramadol atau morphine juga mengalami masalah sembelit.
6) Wanita yang hamil juga mengalami masalah sembelit terutama di akhir kehamilan. Ini kerana saiz rahim semakin membesar. Mereka yang mengalami tekanan emosi juga mungkin mengalami masalah ini.
7) Susu juga boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah orang. Penggunaan ubat julap atau ubat laxative yang merangsang buang air besar bertujuan untuk detoks.
8) Selain itu ialah perubahan diet, terutama diet yang tidak cukup sayur. Mereka yang tidak cukup minum air, tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, terutama mereka yang sakit terlantar di katil. Ini menyebabkan sembelit.
Namun ada kalanya sembelit adalah tanda penyakit yang bahaya. Ada pesakit yang mengalami penyakit ini tanpa menyedarinya. Antaranya penyakit yang berkaitan dengan saraf di otak seperti Parkinson’s atau Multiple Sclerosis. Ia boleh memberi kesan terhadap penyakit saraf pada otot-otot usus besar yang mengganggu pergerakan peristalsis otot di situ. Sebagai contoh, pesakit diabetes yang tidak mengawal gula dalam darah dengan baik, saraf-sarafnya akan mengalami kerosakan.
Masalah hormone thyroid yang rendah atau hypothyroidism juga boleh menyebabkan sembelit yang berulang.
Lebih berbahaya, sembelit mungkin tanda awal penyakit kanser usus (rectum cancer atau colon cancer), terutama jika najis yang keluar itu bercampur darah.
Kekemasan dan kebersihan rumah adalah perkara penting yang perlu dittikberatkan meskipun kita mempunyai anak kecil di rumah. Hal ini kerana rumah yang bersih dan kemas menjamin keselesaan sekeluarga.