Kipas Angin Kurang Laju, Baikinya Dengan Kos RM 2 Je!

Share

Perkongsian kali ini daripada Md Helmee Abu ini cukup berguna buat anda yang ‘kaki diy’,  Cara Baiki Kipas!

Memang bermanfaat dan bolehlah kita semua tambah ilmu.


Assalamualaikum, sekiranya anda menggunakan kipas silling KDK/Panasonic 5 Blade, dan kipas anda tidak bergerak atau bergerak terlalu perlahan. Anda boleh cuba cara ini, saya telah cuba dan berkesan ;-

1. Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :- ring dan cover sensor

 

2. Tanggalkan ring pada kipas tersebut dengan memusing ke arah “open” dan tanggalkan.

 

3. Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka pakai Phillips screwdriver)

 

4. Tanggalkan 2 wayar socket.

 

5. Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.

 

6. Alat yang diperlukan a) soldering iron b) solder wire c) capasitor.

 

7. Desolder capasitor lama (bahagian bawah board)

8. Tanggalkan capasitor lama.

9. Masukkan capasitor baru.

 

10. Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yg berlebihan)

11. Board yg telah siap diganti capasitor.

12. Pasang semula board pada kipas. (sambung semula socket wayar)

 

13. Switch on kipas dan semoga Berjaya.

Ps : Jangan lupa ikat semula skru cover sensor

Capasitor boleh dibeli di kedai letrik (atau Jalan Pudu pada yg tinggal di KL – RM2.00 sebiji.

sumber :Md Helmee Abu

IKLAN