“Kita Memperoleh Kekalahan Yang Ke-2” Sharifah Shahirah Positif Covid-19

Share

Walaupun kini sudah tidak dipamerkan seperti sebelumnya tentang catatan jumlah kes COVID-19, namun orang ramai jangan sampai alpa kerana virus tersebut masih ada di sekeliling kita. Bukan sahaja jumlah kes, malah jumlah kematian juga masih lagi direkodkan sehingga kini.

Kelmarin, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah disahkan positif COVID-19 buat kali kedua. Berita ini dimaklumkan sendiri olehnya melalui sebuah perkongsian di laman Instagram sendiri yang tampil memohon maaf terhadap semua pihak yang telah bertemu dengannya sejak beberapa hari yang lalu.

” You semua jangan marah I. I sakan berjalan sana sini. Show, konsert anak. I tak nak salam u nak. I tak nak gambar u nak sebab i batuk manja. Okay minta maaf siapa yang jumpa kita. Kita memperoleh kekalahan yang ke 2. Ni nak masuk dekat sejahtera ke? I need to get well the day after tomorrow, got work.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian berbentuk video tersebut memaparkan Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera Ijoy sedang memakan burger.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti tampil menitipkan doa agar Sharifah Shahirah diberikan kesembuhan dengan cepat.

Sumber: Sharifah Shahirah

IKLAN