Seronok kan bila ada adik beradik yang berhubung baik antara satu sama lain dan tidak iri hari sesama sendiri? Setiap apa kejayaan dicapai dikongsikan bersama keseronokkan tersebut, malah jika berduka sama-sama bantu.
Seperti yang dikongsikan oleh wanita ini di Tiktok miliknya berkongsi kakak iparnya prank mereka adik beradik kononnya dijemput untuk tinggal bersama di sebuah homestay. Lantas seorang demi seorang adik beradiknya datang ke rumah berkenan tanpa mengesyaki apa-apa.
Ads
Setelah tiba, barulah mereka tahu rumah yang diinap tersebut bukanlah sebuah homestay tetapi kediaman pertama berjaya dimiliki oleh si kakak dan juga suami. Masing-masing jelas seakan tidak percaya dan mulai sebak kerana tahu struggle untuk membeli sebuah aset seperti itu bukanlah mudah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat keakraban adik beradik berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga tak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada individu tersebut yang sudah berjaya merealisasikan impiannya selama ini.
Imam sempat iqamat, cium anak perempuan baru lahir sebelum maut kemalangan. Imam Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar, Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain sempat membisikkan iqamat pada telinga bayi perempuannya yang baru lahir di Hospital Seri Manjung, sebelum beliau meninggal dunia dalam kemalangan.
Dalam kejadian sekitar 4.30 petang itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Kembara yang dipandu Nurul Kamal, 37, terbabas dan terbalik ke kawasan ladang kelapa sawit di KM 211.8 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah Utara, dekat Sitiawan.
Isterinya, Nur Firdaus Salwa Zamrin, 30, berkata sebelum nahas, arwah suaminya meluangkan masa kira-kira satu jam melawatnya di wad bersalin Hospital Seri Manjung.
“Dia bawa barangan keperluan bayi serta uruskan perpindahan saya dari wad bersalin biasa ke wad jagaan rapi bayi.
“Saya melahirkan anak bongsu kami pada jam 2.30 pagi Isnin lalu. Arwah suami sempat bisik bacaan iqamat di telinga bayi, timang dan ciumnya sebelum pulang,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung.
Nur Firdaus Salwa yang bertugas sebagai guru Taska berkata, suaminya kelihatan agak tergesa-gesa bergerak pulang ke Seri Iskandar kerana perlu menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Bandar Universiti, Seri Iskandar, malam tadi.
“Sebelum pulang, suami berpesan kepada saya supaya banyak berzikir, saya tak sangka ia pesanan terakhirnya.
“Sepatutnya, semalam, saya perlu berada dalam wad bersama bayi kerana demam kuning, tetapi dibenarkan keluar selepas dimaklumkan berkaitan kematian suami,” katanya.
Allahyarham Ustaz Nurul Kamal meninggalkan seorang isteri dan tiga cahaya mata iaitu anak lelaki berusia dua tahun dan dua anak perempuan masing-masing berusia empat tahun dan yang bongsu, berusia dua hari.
Sementara itu, ibu Allahyarham, Aminaton Sa’adiah, 64, berkata, Ustaz Nurul Kamal yang juga anak ketiga daripada lima beradik ada menghubunginya beberapa minit sebelum kemalangan.
“Dia beritahu saya yang dia baru tengok isterinya di hospital dan tidak sempat pulang ke rumah, jadi dia minta saya tolong jemput anak-anaknya di Taska.
“Saya kata jangan risau, memang mak akan ambil cucu mak, kami tinggal sekali di Seri Iskandar.
“Semasa panggilan telefon itu, tiada apa-apa perubahan ditunjukkan, malah sebelum keluar rumah semalam pun, elok kami berbual seperti biasa,” katanya sebak.
Aminaton berkata, pemergian anaknya itu pasti akan dirasai kerana arwah ringan tulang, selain suka bergurau dengan ahli keluarga.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Iskandar di Jalan Parit-Seri Iskandar, selepas Zuhur, hari ini.
Nak menggembirakan hati isteri sebenarnya bukanlah terlalu payah. Cukup hanya membantunya mengurangkan beban dan tanggungjawab menguruskan rumah dan bantu kerja rumah, isteri sudah terlalu bahagia.
Perkongsian seorang suami, Abdul Muiez Mohammad Ruslee yang merupakan seorang guru, penulis, penyampai Didik TV KPM, Youtuber dan motivator ini boleh dijadikan panduan buat suami lain.
Bantulah menguruskan kerja rumah mana yang patut, itu sudah menggembirakan hati seorang isteri.
Jam 11 malam saya akan segera menutup laptop. Cepat-cepat masuk ke dapur untuk membereskan sinki. Benda wajib yang saya perlu basuh setiap hari ialah, bekas makanan. Ada 7 semuanya termasuk bekal isteri.
Selesai di dapur, saya bersihkan ruang tamu. Kalau bersepah, saya kemas dan kalau perlu vakum saya akan buat.
Kemudian, saya akan keringkan baju yang dibasuh menggunakan dryer. Bila pakai baju sukan, ya memang tak perlu digosok tapi perlu dibasuh.
Baju sukan ada dua tiga helai sahaja. Itulah yang perlu digilirkan. Sekitar jam 12 lebih, saya masuk bilik. Buat apa yang patut dan tidur sekitar jam 1 atau 2 pagi. Itulah suprise yang saya boleh untuk isteri.
Kasihan saya melihat dia. Jam 9 lebih, dia sudah masuk tidur. Bangun sebelum jam 5. Masak apa yang patut untuk dibuat bekal anak-anak dan sediakan sarapan. Setakat ini, tak pernah lagi anak-anak tidak bersarapan sebelum ke sekolah.
Kemudian, sediakan baju untuk semua. Baju sekolah pagi, sekolah petang semua dah disusun dan dimasukkan dalam beg masing-masing. Anak-anak hanya perlu angkat dan masukkan dalam kereta.
Pakaian dalam dryer dikeluarkan, dan dilipat jika perlu. Kalau ada yang perlu digosok seperti tudung anak, dia akan buat.
Sekitar jam 5.45 pagi, kami dikerah untuk bangun. Setiap orang sudah tahu giliran mandi. Habis mandi, pakaian sudah siap tersedia. Termasuklah pakaian saya. Dan begitulah rutinnya setiap hari. Bukan ketika ada anak buah yang bersama kami sahaja. Tetapi sebelum itu lagi. Ya, setiap hari.
Kadang-kadang, seluar dalam dan stoking saya pun dah tersedia di atas katil. Hanya pakai saja. Saya bukanlah suami yang mahu dilihat baik bila membantu isteri. Tidak. Tapi, kalau begitu rutinnya, tegarkah saya pura-pura tidur untuk tidak membuat apa-apa kerja? Tak tergamak weh.
Tak bolehkah bagi duit belanja dekat anak? Perlu ke masakkan bekal? Kami dah buat kira-kira. Kalau tak bawa bekal belanja sekolah mereka bertiga boleh mencecah 400 sebulan.
Jadi, duit itu, kami tukar kepada barang basah, agar bukan sahaja anak-anak kami, kawan-kawan mereka juga akan mendapat manfaatnya. Bekal yang dibawa pun boleh dikongsi. Begitulah isteri saya.
Kadang-kadang dia merungut juga. Selalu saya tulis pasal diri dia di Facebook. Malu. Macamlah orang lain tak buat. Saya jawab mudah saja. “Kalau tak suami sendiri yang tulis mengenai isteri, siapa lagi?”
Terbaru dalam perkongsian Datuk Dr Sheikh Muszaphar menerusi laman instagram, suami kesayangan Datin Dr Halina ini kini sedang berada di Jakarta atas urusan kerja.
Sememangnya , Angkasawan Negara ini sejak dahulu lagi sudah diketahui ramai, seorang bapa penyayang yang membuatkan ramai kagum dengan caranya membesarkan anak.
Tidak hairanlah, dia sedari awal sudah menyiapkan jadual bagi memudahkan isterinya menguruskan anak-anak mereka apabila dia tiada di rumah.
perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata kagum dengan cara Sheikh Muszaphar yang cukup teratur dalam pengurusan anak-anak.
Tak kurang yang terhibur dengan reaksi Dr Halina yang kini sedang bercuti bagi menguruskan anak-anaknya. Dia mengadu terasa mahu demam bila mana dirinya terpaksa mengambil alih tugas suaminya selama ini.