Kebiasaanya bila sebuah keluarga ingin berpindah ke rumah baharu, perkara pertama yang ingin dilakukan adalah melakukan transformasi ruang. Paling ketara adalah pada ruang dapur!
Menyentuh tentang dekorasi di ruang dapur, tentunya tidak akan lengkap tanpa adanya kabinet tersedia di ruang tersebut. Bertepatan fungsi kabinet itu sendiri sebagai ruang storan, maka adanya kabinet yang sempurna akan memperlihatkan ruang dapur yang lebih kemas dan menarik.
Pun begitu, tidak dinafikan kos pemasangan kabinet juga cukup mahal hingga ada yang mencecah puluhan ribu ringgit untuk ruang nan satu ini.
Namun bagi yang bijak, tentu ada cara bagaimana untuk mengurangkan kos untuk memiliki kabinet yang diimpikan selama ini. Jadi ikuti perkongsian daripada seorang isteri bagaimana dia boleh berjimat dan dalam masa yang sama ruang dapur terlihat sempurna dan menarik.
“Okay, since ramai yang pm tanya pasal kabinet dapur, saya dengan rendah diri ingin kongsikan step-step dan beberapa tip untuk kabinet dapur, specifically IKEA.”-Herdiana Hamid
Langkah 1
Okay, 1st sekali. Kena ukur dapur. Yang ni, kalau tanya kat IKEA, memang dia akan cakap kalau salah ukur, kami balik camtu je. So ukur kena ukur bebetul dalam cm (sentimeter). Berapa lebar, berapa tinggi, pastu ukuran tingkap, tingkap tu terletak kat mana dan sebagainya, paip sinki pun kena note kat mana. Kalau rasa tak konfiden, boleh panggil staff dorang datang rumah, tapi ada caj dia la. Kalau ke Seremban, RM250. Oleh kerana nak jimat, saya dan suami ukur berulang-ulang kali untuk pastikan betul-betul tepat.
Langkah 2
Kena draw kat apps dia. Boleh tengok dalam website IKEA, kat kitchen planner. Kita lukis la nak macamana rupa dapur kita. Tapi, kalau tak konfiden atau nak pandangan yang lebih arif, minta staff IKEA yang buatkan. 5 minit je dia buat. Masa kitorang hari tu, sambil dia lukis sambil saya dan suami suggest/discuss macamni okay tak, nak ubah ke camne. Kalau nak lukis sendiri pun okay, terpulang. Free je ni takde caj.
Ads
Langkah 3
Ok bila dah konfem dah design kita nak, staff dia akan proceed dengan invoice. Pastu bawak je invoice tu kat cashier, bayar.
Langkah 4
Bila dah bayar, pergi kat kaunter penghantaran ke rumah. Kalau rasa boleh bawak sendiri dengan kenderaan kita, bawak je. Tapi kalau rasa nak orang IKEA hantar, ada caj. Ikut tempat. Kalau ke Seremban, RM450. Kalau sekitar Lembah Klang RM80 je. Dia ikut tempat. Tapi memang dia boleh hantar je. Kitorang sebab kereta pun kecik, tak muat laa nak bawak, so minta dorang hantar. Dorang akan hantar dalam masa 7 hari. Masa kitorang dulu, dua hari je dorang hantar. Nanti dorang akan call.
Langkah 5
Okay lepas dah bayar kat kaunter penghantaran, pergi pulak kat office pemasangan. Kat sebelah kaunter tu je cuma dia office. Dia akan bagitahu tarikh bila dorang akan pasang, ikut waiting list. Macam kitorang tu, selang seminggu je. Masa dalam office ni, dia akan kira kos pemasangan sekali. Kalau kabinet dia kira RM90/meter. Kabinet dinding lain, kabinet bawah lain. Kalau nak dia pasang sinki sekali, RM85. Kos pasangkan hob (tebuk worktop)/hood pun RM85 kalau tak silap. Pasangkan built in oven pun RM85. Ke RM150 mcmtu. Dia akan bagitahu masa dalam office pemasangan tu. Sebelum dia datang pun dia akan call a day before.
Ads
“Sebelum mengomel panjang, kabinet dapur saya tu jenis METOD. Berbalik pada kos kabinet dapur tu, sebab saya ukur sendiri, dah save lah RM250 kat situ. Fuhh. Untuk kabinet pula, material dia sahaja semua semua tu, kos untuk dapur saya RM 7600++.”
Ini cara nak jimat dan kurangkan kos.
1. Boleh pilih table top/work top tu sebab dia memang ada banyak jenis sebenarnya. Dari harga RM170 sampai beribu riban. Yang saya guna tu nama dia BARKABODA. Kayu solid, tapi tahan la calar/air semua. Ada lagi yang kayu dan murah sikit, pun cantik. So terpulang. Sebab work top ni paling terdedah dan kita nak guna selalu kan, so beli la yang mahal sikit sebab lebih tahan.
2. IKEA punya kabinet ni mahal dia pada laci dia, sebab drawer dia ni macam ada jenis elastik, which is kalau kita bukak, kita tolak sikit je, dia tertutup habis sendiri. Kalau pakai laci yang jenis ni, memang mahal sikit. So, jangan amik laci jenis ni kalau nak cut cost. Amik je para biasa tu, pun dah okay. Memang boleh jimat banyak tang laci. SANGAT BOLEH JIMAT. Tu yang best pasal kabinet IKEA sebab kita boleh custom design ikut bajet kita. Ada je kabinet dapur yang bawah RM3000.
3. Dia punya door tu, pun ada banyak choice. Boleh pilih ikut bajet, dan yang pasti semua pun cantik-cantik dan warranty 25 tahun.
Ads
4. Beli sink/paip kat luar. Takyah beli IKEA punya sebab agak mahal IKEA punya. Boleh jimat lagi kat sini, beratus-ratus jugak jimatnya.
“Kos material tadi yang saya punya tu RM7600++. Kos penghantaran ke Seremban RM450. Kos pemasangan macam yang diceritakan sebelum ini (RM90/meter untuk kabinet) dan kos-kos lain tu, total kos pemasangan kabinet dapur saya RM1260. Jadi total keseluruhan untuk kabinet dapur saya RM9310++ sahaja.”
Kenapa saya cakap “sahaja”? Sebab saya dah survey-survey kat jiran, kat kontraktor, kos untuk kabinet dapur ikut ukuran dapur saya tu lebih kurang 12-13k
Tapi yelah, dapur simple macamtu je lah mampu, dan memang suka yang simple-simple. Ada yang suka jenis tiles, aluminium ke buluh ke apa ke, again, ikut bajet dan taste kita sendiri.
Kredit: Herdiana Hamid
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasanya baju lama yang sudah tak pakai ada antara kita akan mengambil keputusan untuk membuangnya. Malah ada juga akan meletakkan di dalam tong recycle.
Namun selain itu sebenarnya ada cara lain untuk recycle baju lama yang sudah tidak digunakan iaitu di hantar ke H&M.
Apa yang menarik, siap dapat baucar diskaun lagi. Boleh shopping baju anak-anak. Tentu seronok!
Sebagaimana perkongsian puan Afzan Bt Wahab telah meraih perhatian ramai. Rupanya ramai yang tak tahu! Jom kumpul baju lama hari ini!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bila suami ajak ke Kelantan, terus teringat H&M di Aeon Kota Bharu. Terus pack baju-baju lama saya dan anak-anak yang tidak dipakai lagi untuk dihantar ke H&M. Nak bagi pada orang pun rasa dah tak sesuai kerana kondisinya yang tak berapa bagus dah (lusuh, koyak, getah longgar dan sebagainya).
Dapatlah 6 plastik semuanya. Pack dalam plastik bersaiz M. Masa pack baju anak-anak tu, boleh teringat balik satu-satu masa mereka kecik-kecik dulu pakai baju tu sambil jalan terkedek-kedek.
Rasa macam sayang (sayangkan kenangan tu sebenarnya), tapi bila tengok bawah katil dah hampir penuh dengan beg baju tak pakai, lebih baik hantar recycle sahaja.
Selesai hantar keenam-enam plastik tersebut, dapatlah 6 keping voucher dari H&M. Setiap voucher diskaun 15% untuk satu item di H&M.
Harga pakaian jenama H&M ni boleh tahan sebenarnya, tapi sesuailah dengan kualiti kainnya.
Terus beli baju dan seluar untuk anak-anak sebab tak tahu lagi bila boleh ke H&M ni..Voucher dia ada expired date dan di Terengganu tiada H&M rasanya.
So kesimpulannya, kepada sesiapa yang tak tahu nak letak mana baju-baju terpakai tu, bolehlah hantar recycle di H&M ye
Baju-baju terpakai anak-anak..
Ada 6 plastik..letak dalam troli dan bawa ke H&M..
Yg plastik warna kuning dan hitam tu orang lain punya..
Dapat 6 voucher..yeayBeli baju dan seluar baru untuk anak-anak..
Ini dari pamphlet H&M bagi..apa-apa fabrik boleh hantar, jenama apa tak kisah..cuma ada outlet H&M yang limitkan 2 plastik seorang sekali hantar..yang saya hantar baru ni mereka terima je semua.. so depends on outlet kot..boleh tanya pada staff mereka ye
Bagi peminat-peminat pizza, anda harus melengkapkan seleksi menu pizza dengan mencuba pizza wagyu oleh Jofliam kerana ianya sarat dengan pelbagai ramuan premium dan berkualiti tinggi.
Sejak ianya dijual, pizza wagyu ini mendapat permintaan tinggi daripada penggemar makanan yang ingin merasa sendiri air tangan suami usahawan yang juga blogger terkenal Cik Epal ini.
Hanya mengambil tempahan menerusi Instagram, Jofliam yang merupakan bapa kepada dua anak ini menerusi media sosial sebelum ini pernah mendapat tempahan mencecah puluhan kotak.
Lebih mengagumkan, dia sendiri yang membuat pizza dari proses mengadun doh, membakar hingga dihantar kepada pelanggan tanpa bantuan staf.
Walau seronok menerima banyak permintaan dan maklum balas positif daripada pelanggan, Jofliam atau dikenali sebagai Jo juga tidak terlepas diuji apabila pizza yang sudah siap tidak diambil oleh pelanggan.
Kekal positif dengan ujian, pizza wagyu Jofliam mula dijual sekitar tahun 2021 dan pasangan suami isteri ini pernah tular di media sosial kerana niat murni mereka mengagihkan pizza berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir.
Difahamkan pizza wagyu Jofliam berharga RM150 sekotak. Walau dilabel harga kayangan tapi rata-rata komen daripada pembeli mengakui ia berbaloi kerana sedap, lembut dan daging wagyunya ialah daging gred tinggi dari Australia.
Jelas Jo menerusi ruangan komen di salah satu video yang memaparkan aksi dirinya sedang menebar doh pizza, proses penyediaan pizza tersebut kini turut dibantu beberapa orang jiran.
“Video ni saya record lepas dah hantar kesemua pizza keluar. Dulu boleh nak buat, sekarang tak sempat dah. Saya hanya sempat buat dough pagi-pagi, buat sos dan hantar ke setiap kereta.
Yang lain-lain stretch pizza, letak topping, letak kotak, jiran-jiran saya ada yang sudi tolong. Thank you semua.
Saya akan stop bila ramai minta stop. Selagi semua happy, insyaAllah saya akan teruskan walaupun dehydrated dan badan saya makin rasa kurang sihat. Belum lagi kulit mula kering dan terbakar. Doakan saya dan moga doa sama dikembalikan pada semua.”
Bukan senang uruskan bisnes pizza wagyu seorang diri. Banyak faktor kena ambil kira tambahan pula melibatkan kesihatan.
Selain menawarkan daging wagyu, pizza ‘viral’ ini juga dilengkapi dengan sos istimewa.
Ketika ulang tahun kelahiran Jo pada Januari lepas, Cik Epal mendedahkan peribadi suami tercinta yang berjiwa besar, pemurah, kreatif dan suka cuba benda baru.
Semoga Jo dan Cik Epal terus berjaya dalam perniagaan dan kejayaan mereka menjadi kekuatan semangat buat masyarakat.
Datin Seri Nur Shahida, isteri kepada usahawan terkenal Malaysia Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa gembira melihat keakraban anak perempuannya, Qadejah El Zahra apabila mereka meluangkan masa bersama anak lelaki Shuib, Uwais Alqarni.
Menerusi perkongsian di Instagram Datin Seri Shahida, beliau memuat naik video persahabatan Qadejah dan Uwais sedang beriadah di resort miliknya sambal berlatar belakangkan lagu arwah Siti Sarah Raissuddin.
“Mula mula malu malu,dah lama baru la jadi kawan. Seronok tengok @qadejah_terlajaklaris dengan Uwais buat aktiviti di @sugehecoresort Janda Baik.
“Nak berkawan tak salah, kawan lah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama dekat sini. Qadejah ni tak ramai mana pun kawan dengan lelaki. Bukan sombong tapi malu,” tulisnya di ruangan kapsyen postingnya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata – rata senang melihat hubungan persahabatan mereka berdua malah, ada juga netizen yang teringat akan arwah Siti Sarah selepas melihat wajah Uwais.
Untuk rekod, Qadejah El Zahra dilahirkan pada 25 November 2010. Dia merupakan puteri sulung kepada Datuk Aliff dan Datin Shahida. Manakala, Uwais Alqarni dilahirkan pada 4 Disember 2011. Uwais merupakan putera sulung kepada Shuib dan arwah Siti Sarah.