Kreatifnya Ayah Bantu Anak Perempuan Ceriakan Bilik Guna Barang Eco Jer. Idea Yang Superb!

Share

Selain ibu, ayah juga sering menjadi role model pada anak perempuan. Malah, ayah adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup anak perempuan. Tidak hairanlah ada yang mengatakan anak perempuan lebih rapat dengan ayah berbanding ibu. Kerana itu, kehadiran seorang ayah cukup penting dan wajib ada dalam melengkapi rumah tangga.

Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kena ada cara dan teknik yang betul. Penting untuk mereka selalu berkomunikasi dan melakukan aktiviti bersama-sama. Bapa bernama Dr Syahr Musafir. ini berkongsi aktivitinya bersama anak-anak. Sambil bermain dapat mengeratkan hubungan serta belajar benda baru. Bestnya!


Aktiviti dengan anak perempuan tak sama macam aktiviti dengan anak lelaki, kan? Sebagai ayah, saya cuba fikirkan untuk buatkan apa-apa bersama anak-anak. 

Dan pagi hari ini, saya sengaja pesan kepada Along ST (8 tahun 2 bulan) dan Angah IY (5 tahun 11 bulan) untuk tidak mandi awal pagi, nak buat aktiviti nanti lepas tu baru mandi. Aboy HE (2 tahun 9 bulan) boleh mandi walaupun nak join buat aktiviti ini, sebab dah tahu Aboy takkan dapat join awal ke akhir 😅

Kami buat aktiviti apa? Saya tulis caption setiap gambar ye…. Tengok sampai gambar akhir tau 😍🤩

(1) Terpandang, dinding bilik Along dan Angah bercat kosong saja. Kalau ada warna-warni atau lukisan, bagus juga. Boleh menceriakan suasana.

Saya mengajak, “Along, Angah, kita decorate wall ni, nak? Lukis ke, warna ke, nak?”

“Nak!!!!!!!” disambut jawapan penuh keterujaan oleh Along dan Angah.

(2) Papa (saya) lukis atas kertas dulu, buat draf.

“Ok tak Papa lukis camni untuk dinding tu?” tanya saya.

“Cantiiiiiiiknyaaaaaa!!!” sekali lagi disambut dengan suara keterujaan Along dan Angah.

Ok, anak-anak dah setuju, bolehlah proceed.

(3) Dah buat lakaran atas kertas, nak lukis di dinding guna apa? Guna marker pens je 😊☺️

(4) Papa ‘transfer’ lakaran atas kertas ke dinding menggunakan marker pen hitam. Guna permanent marker, warna hitam. Untuk lukisan ini, 3 marker pens diperlukan. Baru cukup dakwat. Lenguh juga tangan melukis pada dinding 😂

(5) Along dan Angah ready nak mewarna. Aboy tu eksyen je lebih 😝

(6) Bahagian atas Papa (saya) dan Mama (isteri saya) tolong warnakan. Bahagian bawah yang Along dan Angah sampai, Along dan Angahlah buat. Teruja juga saya tengok Along dan Angah, kerana mereka cukup seronok buat aktiviti ni, saya kena akui aktiviti ini agak memenatkan 🤗

(7) Tekun tu, fokus mewarna 😍🤩

(8) Siap lebih separuh, rehat dulu. Tengoklah tu, penat betul tu 🤭😁

(9) Selepas Papa buat final touch up, dan Papa tampalkan rama-rama, maka siaplah aktiviti ini! Rama-rama itu saya beli, RM2.10 satu paket dari Kedai Eco 🤩

(10) Inilah hasil akhir! Menggunakan idea dan kreativiti seorang ayah yang amatur, saya bersyukur dapat luang masa buat aktiviti dengan anak-anak 😍😊

#DiariPapaSyahr #ParentingDrSyahr #KeluargaDrSyahr #AktivitiBersamaAnak 29/09/2019

“Cintai Keluarga, Di Situlah Syurga”
#sayeanakberanok
#pakatjagomokayah
#menjanakeluargamawaddah

IKLAN