Lagi Dua Bulan Nak Puasa, Peniaga Ini Kongsi Resipi Masak Sambal Bilis Garing, Rupanya Guna Bahan Ni Nak Lebih Sedap!

Share

Menu yang paling ringkas dan menambah selera adalah sambal bilis garing.
Lauk ni memang wajib ada di rumah.

Jika datang mood malas nak masak, sambal ini adalah penyelamat untuk digunakan ketika itu.

Malah waktu bulan ramadan makanan ini memang laku ‘keras’ yang sering mendapat tempahan ramai.

Bagi yang belum tahu cara membuatnya, apa kata cuba resipi ini. Ia perkongsian seorang peniaga, Masfaliza Ab Jaafer yang menjual makanan ini.

Jom lihat cara-caranya.

Lagi 60 hari nak menjelang bulan Ramadhan. Dh blh bersiap sedia dgn lauk2 yg simple utk bersahur. Semua brg naik, jom kita buat sendiri lebih jimat dan gerenti sedap dr air tangan sendiri. CikAyu halalkan resepi ini utk semua, & semoga dpt dimanfaatkan pd ibu2 dan rakan2 yg lain juga.

Sambal bilis garing by CikAyu

Bahan dan cara membuatnya rujuk gambar.

Goreng bilis sehingga garing dan sejukkan

Bawang putih garing

Bawang goreng

Buang biji cili, cuci dan toskan. Jemur cili sehingga kering dan rapuh. Cili yg kering akan menghasilkan sambal yg cantik.

Goreng cili seketika hingga cili menjadi garing dengan sedikit minyak. Api perlahan.

Masukkan cili kedlm food processor dgn sediikit gula halus

Hasilnya selepas dikisar

Panaskan minyak. Letakkan 2 kiub ikan bilis dan masak hingga berbuih. Tutup api dahulu.

Masukkan cili kisar tdi kedlm kuali. Bukakan api yg sederhana kecil sambil balik2kan sambal. Jgn tinggal dikhuatiri hangus nti. Klu sambal terlalu kering blh tambah sedikit minyak.

Rupanya ini rahsianya, guna serbuk ni nak rasa lemak-lemak.

Letakkan sedikit serbuk hilal. Semua masakan CikAyu lebih suka gunakan hilal kerana kurang masin. Dh mcm duta hilal pulak. Hilal ni berasa lemak2 sikit sedap sgt. Google ye apa itu hilal .  Pasaraya atau kedai2 tertentu je jual. Cuba tgk dekat shoppee

Nampak tak sambal dah cantik basah2 sedikit. Jgn terlalu berminyak atau terlalu kering nanti tk cantik sambal bilis kita.
Sejukkan dahulu sblm digaul dgn ikan bilis.

Gaulkan sambal dgn ikan bilis terlebih dahulu. Bila dah agak2 rata bru masukkan bawang putih dan bawang goreng.

Sambal bilis garing is done

Sumber: Masfaliza Ab Jaafer

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

IKLAN